Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RM2.6 BILLION : Najib Disoal-siasat SPRM Selama 2 Jam Setengah


“Pertemuan hari ini (Sabtu) berlangsung selama dua setengah jam. Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik,” menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion. 

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan pertemuan dengan Perdana Menteri berlangsung selama dua setengah jam. 

"SPRM akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa," katanya. SPRM mengambil keterangan Najib di pejabat Perdana Menteri di sini, mulai jam 10 pagi tadi.

Najib menafikan sebarang salahlaku, dan MACC telah mendedahkan RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan politik dari Timur Tengah.

Sebelum ini, telah dilaporkan bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin sudah memberi keterangan mengenai syarikat dan wang derma itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top