Nuffnang

TEBAL MUKA : Tun M Tagih Bantuan Kerajaan Jua Akhirnya!!!


Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pembuat kereta nasional dengan memberikan lebih banyak sokongan dan galakan bagi memastikan kelangsungan hidup.

Pengerusi Proton Holding Bhd Tun Dr Mahathir Mohamad berkata syarikat itu seperti syarikat kereta asing yang lain, mempunyai keupayaan untuk bersaing, malah mengeluarkan kereta yang lebih baik, namun mengalami kesukaran memandangkan pembuat kereta asing mendapat sokongan kerajaan.

"Saya merasakan sudah mencukupi kerajaan tidak memberi galakan kepada kereta asing walaupun mereka tidak memberi galakan kepada Proton.

"Ini salah, anda (kerajaan) menggalakkan kereta asing dan bukan kereta tempatan. Kami memenuhi semua syarat yang dikenakan oleh kerajaan, namun kerajaan tidak menyokong kami," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Reka Bentuk Proton 2015.

Dr Mahathir berkata Proton sepatutnya menerima bantuan kewangan daripada kerajaan untuk menjalankan aktiviti reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, namun belum menerimanya.

Beliau bagaimanapun berkata Proton, mengambil inisiatif sendiri dengan menggunakan wang dalaman bagi menghasilkan kereta hibrid dan kereta elektrik.

"Kami memerlukan wang untuk menghasilkan kereta elektrik memandangkan inilah janji kami kepada kerajaan, namun kami tidak memperoleh wang," katanya.

Dr Mahathir berkata kereta elektrik Proton berjalan sejauh 313 km dengan sekali cas, dan rekod ini tidak dicapai oleh mana-mana pembuat kereta elektrik lain.

"Memanglah kereta asing lebih murah dan ringan. Proton perlu mengimport input tertentu yang lebih mahal. Setiap kereta memerlukan 4,000 bahagian yang perlu dimport, proses dan reka bentuk dan menyatukan kesemuanya bukan tugas mudah," katanya.

Beliau bangga kerana rakyat Malaysia sudah memperoleh kemahiran untuk membangunkan kereta.

"Banyak yang datang ke Proton, bukan syarikat besar, untuk mempelajari kaedah membina kereta," katanya. (SUMBER)

Belia Bangkit : Nampak tak mentaliti subsidi yang terus menghantui orang kita. Sampai bila? Proton ni bukannya syarikat yang baru dibuka sehari dua. Dah bertahun-tahun lamanya. Kadang-kadang pelik dengan model Tun ni. Syarikat-syarikat kerajaan yang besar dan memonopoli industri macam Perwaja dan MAS pun boleh bankrap. 

Niat tu baik, tapi kalau segala-galanya perlukan bantuan kewangan dari kerajaan, elok tutup je la.... Tengok model perniagaan Produa tu.... hish!! Kata hebat sangat!

Lu pikir la sendiri...
Share this article

5 Komen:

  1. Kesian.....admin tak faham bahasa tun. Kerajaan ambik untung 300% admin sokong....suka beli harga mahal sebab nak sokong penyamun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk buek comno...admin si pemakan dedak....

      Padam
    2. sebab Jibby tu penyamun kikiki

      Padam
  2. Ini blog sampah.Belia dah lama tolak Najib la weii..hahahaha

    BalasPadam
  3. Masa zaman TM pun dh brapa bnyk wang rakyat digunakan utk membantu individu...cukup2lah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top