Nuffnang

PERJANJIAN SULIT : Beranikah Guan Eng Dedahkan?


“Apakah sebenarnya perjanjian itu? Pengundi DAP ada hak untuk tahu,”.

Lim Guan Eng dicabar supaya menerangkan adakah benar wujudnya perjanjian sulit dalam DAP pada 2008 untuk jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan membuat desakan itu susulan risalah yang mendakwa wujudnya perjanjian itu yang disebarkan pada Konvensyen DAP Pulau Pinang.

Katanya, Setiausaha Agung DAP itu perlu menjawab dakwaan tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat.

Risalah itu menyebut “Lim Guan Eng adakah awak masih ingat? 8 Mac 2008 Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Awak rompak jawatan Ketua Menteri seseorang. Tetapi ok dan kita buat perjanjian. Tetapi sekarang awak mengkhianati perjanjian itu”.


Risalah itu diedarkan kepada perwakilan yang menghadiri konvensyen itu di Bukit Jambul pada pagi Ahad.

Beberapa ahli parti kanan percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

“Penting untuk rakyat tahu apakah perjanjian itu. Guan Eng tidak boleh melarikan diri seperti lazimnya apabila ditanya soalan.

“Jika risalah sebegini boleh diedar oleh ahli DAP sendiri, ada sesuatu yang tidak kena di sini. Hanya Guan Eng sahaja boleh memberikan penjelasan perjanjian itu,” kata Huan.

Dia mendakwa, Guan Eng tidak pernah diuji sama ada diterima oleh ahli DAP di Pulau Pinang dan kerana itu dia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang bertanding dalam permilihan DAP negeri untuk membuktikan pengaruhnya lebih kuat berbanding Chow.

Dalam demonstrasi bantahan di pusat konvensyen, beberapa ahli DAP mendesak Guan Eng memberi laluan kepada Chow sebagai Ketua Menteri yang baharu.

Share this article

1 Komen:

  1. Elok lah tu. Lagipun saya tak bersetuju dengan penambakan laut di Pulau Pinang.Kenapa sibuk nak menambak sedangkan di tanah besar banyak lagi tanah dan tempat yang boleh dibangunkan. P.Pinang bukan saja terhad pada pulau. Lihatlah wakil peranti sampai menangis minta pembangunan. Lagipun kerajaan negeri pun dah lima tahun bentang budget defisit, tak usahlah nak menambah masalah. Elok lah orang penang run its own state government. takkan takde pemimpin yang layak kut sampai nak import dari luar.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top