Nuffnang

HANGAT-HANGAT TAIK AYAM!!! Inikah Sikap Pembangkang Yang Dipuja Dan Disanjung?


Dikejutkan dengan 128 undi yang menyokong Bajet 2016 ketika undian selepas perbahasan peringkat dasar pada 16 Oktober lalu, blok pembangkang tidak berani menuntut undian belah bahagian ketika bajet itu hendak diluluskan di Dewan Rakyat malam tadi.
Malah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta ahli parlimen DAP Bagan Lim Guan Eng juga tidak muncul di Dewan ketika Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzah membaca Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 kali ketiga.

Jika pada undian 16 Oktober lalu, pembangkang memperolehi 74 undi, namun malam tadi hanya 24 daripada mereka berada di dalam Dewan.

Mungkin menyedari jumlah itu terlalu kecil untuk menyaingi 99 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang berada di Dewan, tidak ada seorang pun pembangkang bangun meminta timbalan speaker Datuk Seri Ronald Kiandee mengadakan belah bahagian.

Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir bagi bersedia sekiranya berlaku undian belah bahagian.

Pada pengundian lalu, bekasTimbalan Perdana Menteri itu turut hadir.

Pembangkang atau Pakatan Harapan sebelum ini merancang menolak Bajet 2016 yang dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu kononnya kerana hilang percaya kepada Perdana Menteri.

Malah, Wan Azizah sudah mengemukakan usul tidak percaya kepada Najib yang kini berada pada nombor 32 dalam senarai aturan-aturan mesyuarat.

Untuk rekod, beberapa bajet sebelum ini berdepan tentangan sengit pembangkang dan berdepan undian belah bahagian sama ada di peringkat dasar, jawatankuasa serta bacaan terakhir sebelum diluluskan.

Bagaimanapun, selepas dikejutkan dengan tewas besar pada 16 Oktober lalu, pembangkang tidak berani mengulangi tindakan sama.

Peliknya, walaupun menolak bajet tersebut, rata-rata ahli parlimen pembangkang tetap bangun berbahas dan meminta peruntukan serta pembangunan daripada kerajaan Pusat.

Ia sesuatu yang amat memalukan tetapi itulah pembangkang yang kerap menjuarai sorak atau syok sendiri namun hakikatnya tanpa pembangunan oleh kerajaan, mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kepada rakyat kecuali menjanjikan bulan dan bintang.

Pengajaran daripada semua ini, membuktikan Najib terus mendapat kepercayaan ahli-ahli parlimen BN malah daripada PAS yang mengambil sikap berkecuali dalam undian bajet.

Manakala pembangkang terus tersungkur kerana harapan mereka mahu melihat Najib jatuh melalui tindakan menolak bajet tidak kesampaian.

Jelas, cadangan menolak Bajet 2016 bagi menjatuhkan Perdana Menteri hanya idea hangat-hangat tahi ayam pembangkang berdasarkan jumlah 24 orang wakil rakyat mereka yang berada pada hari terakhir perbahasan bajet, semalam.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top