PAU 2015 : Tun Mahathir Sahkan Kehadiran
“Saya belum menerima jemputan lagi, tetapi saya terima jemputan Zahid sebagai undangan terbuka,” katanya kepada media di Petaling Jaya, Selasa.
Tambahnya lagi, beliau tetap akan hadir sama ada menerima surat jemputan atau tidak.
“I okay saja jika mereka tak hantar surat, saya tetap akan pergi,” tambahnya.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO selepas ‘menerima’ jemputan lisan Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid sebelum ini berharap Dr Mahathir sedia menerima pelawaan ke majlis pembukaan perhimpunan tahunan itu walaupun mantan Perdana Menteri itu pernah mendakwa UMNO sekarang cuba menutup mulutnya daripada mengkritik parti dalam satu wawancara dengan akhbar The Star baru-baru ini.
Menurut Zahid, ahli-ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden.
“Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk memutuskannya.
“Majoriti ahli UMNO masih menghargai beliau tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkara berbeza,” Zahid dilapor berkata.
- Berita dipetik daripada BNBBC NEWS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



anwar convenes urgent cabinet meeting to tackle us...

tragedi letupan challenger milik nasa

mesyuarat khas menteri ekonomi asean bincang impli...

kes culik polis lepas tembakan untuk selamatkan ma...

lagoon villa abidjan by saota where modernism embr...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....