Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SALAM TAKZIAH : Yus Jambu (Maharaja Lawak) Meninggal Dunia


Sungguh mengejutkan. Namun, tuhan lebih menyayanginya. Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita sedih apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita semua.


UPDATE-1: Maklumat awal mengatakan Yus Jambu mengalami sesak nafas di Hospital Selayang.

Punca dan sebab pemergian pelawak popular ini masih belum diketahui dan berita sedih ini sangat mengejutkan ramai pihak ketika ini. al-fatihah dan takziah buat keluarga Yus Jambu.


Tauke Jambu memaklumkan info pemergian Yus ini menerusi laman Instagram miliknya.

“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.

Yus atau panggilan mesranya, Pak Yus dilaporkan meninggal dunia di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Sama-sama kita nantikan susulannya sekiranya ada. Insya Allah.
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top