Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ANCAMAN KESELAMATAN? KJ Sangkal Dakwaan Penganjur @KhairyKJ @KBSMalaysia


Dunia sukan negara sedikit dikejutkan dengan tweet daripada YAB Perdana Menteri DS Najib Razak yang memandang serius mengenai berita Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yang dijadualkan pada bulan ini di Kuala Lumpur mungkin tidak diteruskan atas sebab keselamatan.

Twitt susulan DS Najib juga berbunyi:

"Malaysia telah menjadi tuan rumah bg pelbagai acara tiap tahun, termasuk persidangan ASEAN baru2 ini yg Alhamdulillah berjalan lancar"

".@KBSMalaysia & @PDRMsia,hubungi penganjur utk fahami & atasi isu. Keselamatan rkyt & tetamu, kestabilan dlm negara sentiasa diutamakan"

Lantaran daripada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyangkal dakwaan pihak luar berkenaan isu keselamatan yang menyebabkan Kejuaraan Skuash Wanita Dunia dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pertengahan bulan ini ditangguh penganjur.


Khairy berkata, pihaknya sedang menghubungi penganjur bagi mendapatkan penjelasan berkenaan dakwaan terbabit yang disifatkan dibuat secara melulu.
Katanya, pihaknya penganjur sepatutnya menjelaskan kepada pihaknya terlebih dulu dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memberikan tanggapan buruk kepada Malaysia secara keseluruhan. 

"Tak masuk akal isu keselamatan kita tidak diyakini, saya harap penganjur jelaskan kenyataan mereka".

"Jika ada sebab lain, nyatakan sebab yang betul jangan guna alasan keselamatan," katanya selepas menghadiri Persidangan Perundangan Sukan RMY 2015 di sini, hari ini. 

Khairy juga berkata, pihaknya dan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) sebenarnya tidak diberitahu mengenai dakwaan berkenaan dan masih cuba berhubung dengan penganjur terbabit.

Khairy hadir merasmikan 'RWY Sports Law Conference 2015' diiringi Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top