Nuffnang

DEBAT : @KhairyKJ Sambut Cabaran Nik Nazmi!!!


Khairy Jamaluddin menyahut cabaran yang dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad untuk berdebat secara terbuka. Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya mahu berdebat dengan Nik Nazmi. 
“Tiada masalah. I have no problem,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di sini pada Khamis. 


Terdahulu Nik Nazmi mencabar Khairy berdebat dengannya secara terbuka dan meminta Ahli Parlimen Rembau itu menentukan masa dan waktu sekiranya sedia menyahut tawarannya. 

“Bagi membentuk garis perdebatan, AMK juga suka untuk mencadangkan topik berikut untuk dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan Pemuda UMNO. Topik tersebut adalah, yang pertama, Benarkah Malaysia sedang menuju ‘Negara Gagal’?.

“Kedua, Apakah politik Melayu terancam?, dan pilihan ketiga, Apakah pemotongan bajet Pendidikan Tinggi merupakan helah untuk kerajaan lepas tanggungjawab?.

“Pemuda UMNO boleh memilih salah satu daripada tiga topik tersebut. AMK juga terbuka untuk menerima sebarang cadangan topik lain daripada Pemuda UMNO sekiranya ada,” kata Nik Nazmi.
Share this article

1 Komen:

  1. Nik Nazmi sedang gali lubang utk kambus diri sendiri.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top