Nuffnang

DALANG : Tian Chua Nak Saman Zahid?


Tian Chua mengancam mengambil tindakan undang-undang jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menarik semula tuduhan yang mendakwa dia menjadi dalang pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.

Naib Presiden PKR itu menegaskan, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu sangat tidak berasas dan liar.

“Saya akan mempertimbangkan tindakan undang-undang tetapi buat masa ini, saya mendesak beliau menarik semula kenyataan itu” katanya di Parlimen.

Katanya, dia tidak mahu kejadian sama berulang kerana Zahid pernah membuat tuduhan seperti itu tetapi akhirnya menarik balik.

“Zahid menarik balik kenyataannya ketika perbicaraan dan akhirnya saya menang. Perkara sebegini tidak sepatutnya berulang,” katanya.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, Zahid tidak sepatutnya membuat tuduhan itu yang memberi imej negatif kepada keselamatan Negara.

Dia juga mengulangi penjelasan yang telah dibuat Izzah bahawa pertemuan di Filipina itu diatur penganjur bagi menyokong pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim. - SUMBER

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang juga dikenali sebagai Tian Chua bersedia untuk dipanggil pihak berkuasa untuk disiasat berhubung perjumpaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu, Jacel H Kiram, yang turut dihadiri beliau.

"Kita tak ada pilihan kalau dipanggil, kita kena pergi dan beri kerjasama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang beliau (Tian Chua) merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pertemuan Nurul Izzah-Jacel.


Tian Chua menafikan dakwaan

Tian Chua menegaskan beliau dan Nurul Izzah berada di Filipina atas undangan pelbagai pihak termasuk parti politik negara itu.

Katanya, mereka ke sana bagi membawa isu hak asasi manusia dan isu kebebasan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama, 23 November, 2015. 
Share this article

1 Komen:

  1. Siapakah penganjurnya? x kan penganjur x memberitahu siapa yg dijemput? Ini alasan Tian Chua nak lepas diri je.

    Hak asasi manusia? Adakan Kiram layak memperkatakan tentang perkara ini sedangkan tarafnya adalah pengganas? Kamonlah Tian Chua nak tegakkan benang basah ke?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top