Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SERANGAN BALAS!!! Guan Eng Meroyan - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS


“PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan Guan Eng yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam muktamar lalu melalui rakan-rakan politiknya dalam Parti Amanah Negara sekarang telah menemui kegagalan,” kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin.
Pemuda PAS menyifatkan bekas sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP hanya ghairah bermimpi PAS bekerjasama dengan UMNO dan menjadikannya gossip terus untuk menyerang parti Islam itu.

“Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan UMNO berbanding orang PAS sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau percaya serangan tanpa henti DAP terhadap PAS juga didorong oleh dendam dalam isu pemilihan menteri besar Selangor.

“Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang tujuh tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan kerajaan Perak yang digulingkan dan menyokong dasar-dasar positif kerajaan Pulau Pinang.

“Namun semua itu mereka padamkan daripada sejarah hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon menteri besar Selangor pilihan DAP dan PKR,” katanya.

Dalam pada itu Khairil Nizam turut mencabar DAP supaya bersemuka dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang seperti yang disuarakan oleh segelintir pemimpin parti berkenaan.

“Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat. Penyakit orang gila seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan kehendak rakyat seperti dalam isu menteri besar Selangor bakal memberikan kerugian kepada diri mereka sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada UMNO dan BN.

“DAP jelas tiada isu nak dibangkitkan untuk menyerang PAS melainkan gosip PAS bergabung dengan UMNO,” katanya.

Katanya, DAP sengaja menggunakan isu berkenaan sebagai senjata untuk ‘menyerang’ parti Islam itu yang kini bergerak sendirian.

“Hampir tujuh tahun berlalu, gosip PAS bergabung dengan UMNO dimainkan. Namun PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan UMNO seperti yang dicita-citakan (Setiausaha Agung DAP Lim) Guan Eng,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top