Nuffnang

TIADA UCAPAN : Muhyiddin Dakwa Tiada Siapa Yang Boleh Mendiamkannya



Timbalan Presden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti semalam yang memutuskan beliau tidak dibenarkan merasmikan persidangan sayap-sayap parti sebagaimana lazimnya.

Namun katanya, dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkannya.
“Saya juga ingin mengingatkan mereka bahawa dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkan saya.

“Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam Umno bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, bekas timbalan perdana menteri itu turut mendakwa, beliau diberitahu ada pihak tertentu yang cuba menghalangnya daripada memberikan ucapan pada persidangan sayap-sayap parti.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan tersebut sedangkan berucap dan menyampaikan amanat dari timbalan presiden kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah perkara tradisi semasa persidangan agung Umno.

"Saya diberitahu ada pihak-pihak tertentu yang mahu menghalang saya daripada berucap. Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap Umno sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap timbalan presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?

"Sejak enam tahun yang lalu sebagai timbalan presiden menyampaikan amanat kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang datang dari segenap pelusuk negara sentiasa saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab.

"Nampaknya saya tidak berpeluang lagi untuk menyampaikan amanat saya dalam satu majlis yang amat bermakna buat saya sebagai timbalan presiden," katanya.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti mengumumkan timbalan presiden Umno tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan bagi ketiga-tiga sayap parti itu.

Ia memecah tradisi dengan membenarkan ketua Wanita, Pemuda dan Puteri merasmikan perhimpunan agung mereka sendiri kali ini.

"Ini adalah cadangan daripada ketiga-tiga sayap parti. Inilah apa yang mereka mahu dan kami menghormati hasrat mereka," kata Najib.

Sementara itu, Tan Sri Zainuddin Maidin yakin Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya kepada tiga sayap parti itu pada Perhimpunan Agung Umno bulan depan.

"Walaupun disekat dari merasmikan serentak tiga sayap Umno iaitu Wanita, Puteri dan Pemuda di Perhimpunan Agung Umno Disember ini tetapi Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin akan mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya kepada mereka bagi meneruskan tradisi zaman berzaman.

"Bagaimanapun Muhyiddin tidak mahu memberitahu saya bagaimanakah cara beliau hendak menyampaikan ucapannya, yang tentunya akan lebih menarik perhatian umum," kata beliau dalam blognya semalam.

Terpanggil untuk memetik posting sahabat di FB yang berbunyi :
UMNO parti paling berjasa pun depa haramkan dan bubarkan.
Tunku Abdul Rahman bapa kemerdekaan negara pun depa "tak bagi masuk UMNO" masa ditubuhkan semula.
Anwar Ibrahim membawa masuk puluhan ribu generasi muda Islam menyokong UMNO pada era 80-an dan 90-an, akhirnya dipecat.

Sebesar mana jasa akhirnya disiplin parti tetap jadi keutamaan untuk masa depan.
Jasa bakti anda tidak pernah dilupakan, malah mungkin sudah terbalas lebih besar.
Tapi jasa bakti bukan bermakna anda kebal. Jasa bakti bukan bermakna anda bebas bersultan di mata, beraja dihati.
Share this article

3 Komen:

  1. Sekiranya sayap2 yg pecahkan tradisi Timbalan Presiden yg di pilih ahli2 tidak perlu rasmikan mesyuarat mereka serentak itu satu perubahan maka Bahagian2 pun nanti Timbalan Ketua x perlu hingga ke caw2. Nampak Presiden & MT tanpa Timb Presiden & sorang Naib setuju dgn perubahan tetapi tidak boleh menghalang Timbalan Presiden berucap kerana itu yermaktub dalam mesyuarat.

    BalasPadam
  2. Bila muhyiddin nak bermula berucap, aku akan angkat kaki...keluar dewan.

    BalasPadam
  3. POT PET POT PET SDI JIDIN NI..DH NAMA PUN ADE BOS..XPLULA NK LANGAR BOS, INI SEMBANG MACAM HEBAT, SY BUKAN YES BOS..DAH TERSADAI KAT LUA MEROYAN PULAK..JIDIN2..LU NNTI JDI BOS TMBALAN KRITIK BOLEH KE TAHAN TELINGA..SEMBANG KASI BIMBANG!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top