Nuffnang

1MDB : Kenyataan Tegas Dari SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan tidak menyiasat syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Abdul Gani Patail telah membahagi tugas tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“SPRM hanya menjalankan siasatan ke atas SRC International dan derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP-Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun yang meminta kerajaan menyatakan kedudukan semasa usaha menangkap ahli perniagaan Jho Low untuk bantu siasatan berkaitan 1MDB.

Mengulas lanjut perkara itu, Paul Low berkata pihak SPRM telah menghubungi peguam kepada Jho Low bagi menetapkan tarikh untuk dirakam percakapannya.

“Walaubagaimanapun, SPRM tidak dapat mendedahkan hasil perbincangan ini supaya tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan,” tegasnya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top