Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TAMPARAN BUAT GUAN ENG!!! Pemimpin Kanan DAP Letak Jawatan!!!


Kepimpinan Lim Guan Eng terus menerima tamparan. Sekiranya sebelum ini kita masih boleh menerima kerana tentangan dan penolakan terhadap Guan Eng datang daripada PAS atau PKR, namun kali ini ia datang dari pemimpin DAP sendiri. 

ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu hari ini mengumumkan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Isnin, 23 November lalu.

Peletakan jawatan melalui e-mel itu ditujukan kepada Pengerusi Negeri, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Lim Hui Ying.

Dalam surat peletakan jawatannya, Teh memaklumkan bahawa beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan atas sokongannya terhadap usul UMNO berhubung isu penambakan di sidang DUN Pulau Pinang pada 20 November lalu.

Minggu lalu, ADUN BN-Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mencadangkan semua pembangunan di penambakan laut perlu tertakluk kepada sesi pendengaran awam terlebih dahulu.

Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul yang dibentangkan oleh Muhamad Farid selepas 23 Adun mengundi menentang usul itu, 10 mengundi dan lima berkecuali.

Usul itu juga turut diundi Teh.

Walau bagaimanapun, Teh telah memohon maaf kerana mengundi usul itu dalam sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri.

Nampaknya DAP sekarang kucar-kacir selepas insiden DAPsy meminta Azmin meletak jawatan, kini DAPiq sendiri letak jawatan.
Share this article

2 Komen:

  1. Contoh teladan baik.

    Letak jawatan kalau rasa silap. Pedih tu bagi pemimpin Melayu.

    BalasPadam
  2. Lagi sekali kita akan menyaksikan keangkuhan guan eng. Berbonggol bonggol keangkuhan akan ditayangkan guan eng yang cetek pemikirannya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top