Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

WOW!!! Kemelut DAP VS PKR Berjangkit Ke PAHANG!!!


Nampaknya kemelut PR kini semakin parah. Ahli-ahlinya tanpa selindung mempersoalkan kredibiliti masing-masing tanpa sembunyi lagi. Terbaru, mantan Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan, YB Puan Hajah Fuziah Salleh menyokong pendirian yang diambil oleh lima ADUN parti itu dari Pulau Pinang yang berkecuali dalam proses pengundian usul dikemukakan pembangkang pada sidang DUN, Jumaat lalu. 

Kata Fuziah, tindakan pendirian tersebut mengenai pemuliharaan alam sekitar dan patut disokong. “Dalam amalan sebenar demokrasi berparlimen, ‘check and balance’ oleh perundangan kepada eksekutif adalah perkara biasa dan mesti digalakkan. 

“Malah saya percaya bahawa bukan hanya menahan diri, mereka patut mengundi usul itu. Ini adalah manifestasi Nilai Berasaskan Politik,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini. 

Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran membuat tuduhan melulu terhadap lima wakil rakyat PKR berikutan isu usul tambakan laut. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AMK di sini hari ini tuduhan itu tidak berasas dan tidak sepatutnya dikeluarkan seorang ketua kerajaan kepada ADUN yang menyokong kepimpinan beliau sejak 2008. 

Semalam, Lim berkata PKR mesti menilai dengan teliti keputusan lima ADUN parti itu Lim berkata berdasarkan pendirian itu, lima wakil rakyat PKR itu disifatkan ‘bersama Umno’. 

Pada Jumaat lalu, sidang DUN Pulau Pinang menolak usul Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mencadangkan supaya semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum. 

Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul itu selepas 23 anggota dewan menentang, 10 menyokong dan lima berkecuali. Usul itu juga disokong anggota DAP Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah). 

Lima ADUN yang berkecuali ialah Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (PKR-Batu Uban). Bagaimanapun, Teh memohon maaf kerana mengundi menyokong usul itu pada sidang media selepas persidangan dewan undangan negeri.

- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top