Nuffnang

DALANG : Zahid Dedah Individu Terlibat Susun Pertemuan Izzah-Jacel



Lagi sekali pemimpin Melayu diperkotak-katikkan oleh rakan-rakan mereka dalam PR. Selepas kita melihat ahli PKR menangis di DUN Pulau Pinang dek permainan Guang Eng, terbaru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan percaturan pemimpin kaum Cina PKR pula yang "membuli" pemimpin melayu dalam parti itu..
Naib Presiden PKR Tian Chua didakwa menjadi dalang di sebalik pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram, anak perempuan Sultan Sulu, Jamalul Kiram.

“Tian Chua adalah adalah orang di sebalik pertemuan iaitu individu yang telah mengatur pertemuan itu.

“Sebelum ini, Tian Chua juga bertanggungjawab mengendali secara halus apa yang dipanggil sebagai ‘Kesultanan Sulu’ yang kononnya mahu menuntut semula wilayah kesultanan itu hingga ke Sabah,” dakwa Zahid.

Mengulas lanjut, beliau memberi amaran kepada Ahli Parlimen Batu itu supaya berhati-hati dalam mengatur program pemimpin PKR kerana tindakan tersebut boleh menggugat kedaulatan negara.

“Ini bukan soal jenayah, ini soal maruah rakan, soal kedaulatan negara,

“Kita boleh berbeza pendapat, kita boleh meraikan perbezaan pandangan tetapi soal kedaulatan negara atau soal maruah negara, tiada kompromi ke atasnya,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top