Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BOM JANGKA : Pemuda DAP Persoal Kepimpinan Azmin Ali!!


“Saya ingin menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan Selangor kerana tidak mengiktiraf penubuhan Pakatan Harapan walaupun penubuhannya direstui Presiden PKR,” kata Ketua DAPSY, Teo Kok Seong ketika berucap merasmikan Kongres DAPSY 2015 pada Ahad.
Pemuda DAP (DAPSY) kecewa dengan kerajaan Selangor yang tidak mengiktiraf gabungan pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Teo berkata, keputusan kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali seperti tidak menghargai usaha pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mempertahankan Pakatan Rakyat selama ini.

Tambah mengecewakan, katanya, Azmin mengabaikan keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merestui Pakatan Harapan.

Kok Seong berkata, pemimpin Amanah meninggalkan Pas kerana prinsip dan menjadi tanggungjawab PKR dan DAP untuk membela dan membantu pemimpin Amanah.

Azmin menolak Pakatan Harapan untuk menggantikan pentadbiran negeri Selangor selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.

Beliau mempertahankan kerajaan gabungan PKR, DAP dan Pas di Selangor yang telah mentadbir negeri itu dengan baik.

Wan Azizah dan pimpinan PKR serta Pas dilaporkan menerima keputusan Azmin itu dan begitu juga Exco kerajaan negeri dari DAP demi mempertahankan kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, pimpinan DAP pusat tidak berpuashati dan mendesak Amanah diterima dalam pentadbiran negeri untuk menggantikan Pas.

Share this article

3 Komen:

  1. Alahai....cinapek nak beri tunjuk ajar cara memimpin Negeri Berdaulat, Negeri Melayu.

    Pek, lu ingat ini negeri tanah jajahan maharaja China Selatan sesat ke?

    BalasPadam
  2. lu ingat ni PPinang ka itu dua ekor Yb lompat pengkhìanat lu tau suruh dia letak jawatan...jangan sombong apek...

    BalasPadam
  3. lu ingat ni PPinang ka itu dua ekor Yb lompat pengkhìanat lu tau suruh dia letak jawatan...jangan sombong apek...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top