Nuffnang

SERANGAN BALAS : Pengganas Sulu Rancang Balas Dendam!!!


Kumpulan pengganas Sulu di selatan Filipina dalam perancangan untuk membuat serangan ‘balas dendam’ di Lahad Datu ekoran kegagalan mereka menawan Sabah pada 2013.



Menurut laporan dalam akhbar New Straits Times Online, Kementerian Dalam Negeri difahamkan tentang percubaan itu dan pihaknya sedang berhati-hati dan membuat pemantauan rapi di pantai timur Sabah.

“Kita meneruskan pemantauan secara intensif kerana wujud tanda kumpulan tersebut sedang merancang untuk membalas dendam,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau juga mendedahkan, rangkaian itu turut menggunakan warga tempatan yang bersimpati dan menyokong niat jahat kumpulan pengganas tersebut.

“Mereka kebanyakannya terdiri daripada penduduk setempat dan bukan warganegara Malaysia yang ada hubungan rapat dengan selatan Filipina.

“Mereka menyelinap sebagai orang awam yang menyukarkan lagi usaha kita untuk mengesan mereka,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi menyatakan, pergerakan penduduk yang ada hubungan dengan Sulu sedang dipantau rapat oleh pelbagai agensi termasuk pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Pada Khamis lalu, Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul mengharamkan kemasukan warga asing yang ada kaitan dengan kumpulan kesultanan Sulu daripada memasuki negara.

Ia termasuk meluluskan usul khas melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu kerana mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram yang merupakan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top