Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HURU-HARA: Adik Beradik Mendiang Kevin Morais Saling Tuduh-Menuduh


Selepas Charles Morais menggelarnya “penjahat”, Datuk Richard membalas dengan mengatakan abangnya itu sebenarnya “penipu” selepas disiasat kerana mengelak cukai di Amerika Syarikat (AS), 4 tahun lalu.

“Google Charles Morais dan baca segala-galanya tentang aktiviti jenayahnya di AS, dari situ rakyat Malaysia boleh nilai dia serta-merta,” katanya.

Melalui carian di Internet mengenai Charles Morais dan menurut portal berita LancasterOnline, Charles pernah menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) Kronos Hotels and Resorts, empayar perhotelan yang maju tetapi mula menunjukkan tanda kejatuhan pada 2007. Beliau kemudian diburu kerana mengelak cukai dan disaman vendor serta pemberi pinjaman kerana tidak dibayar.

Charles, yang tinggal di Atlanta, Georgia menimbulkan kekecohan pada Rabu apabila beliau mengeluarkan akuan berkanun (SD) 18 muka surat di mana beliau mendakwa pembunuhan abang sulungnya, bekas timbalan pendakwa raya Kevin Morais ada kaitan dengan kertas pendakwaan yang sedang disediakan mangsa terhadap “seorang pegawai tertinggi kerajaan”.

Charles berkata Kevin memberinya satu pemacu pena, yang kini disimpan di AS, mengandungi maklumat mengenai kes sedang diusahakannya dan siapa sedang disiasat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Charles supaya menyediakan bukti bersama tuduhan itu dan berkongsi maklumat dengan polis, sementara Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggelar dakwaannya itu sebagai berlebih-lebihan.

“Kita tahu siapa Charles Morais dan latar belakangnya. Kita tahu apa yang berlaku bila dia ke AS. Jadi, saya mahu mengingatkan dia supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas,” kata Khalid.

Richard memberitahu polis patut menahan Charles kerana membuat tuduhan liar menerusi SD.

“Saya juga rasa polis patut tahan dia tidak lama lagi dan menjalankan siasatan terhadap tuduhan liarnya dan dakwa dia jika didapati menipu.”

Ketika mengumumkan SD pada Rabu, Charles berkata Richard “penjahat”, yang sanggup buat apa saja demi wang.

Menolak kandungan SD abangnya itu, Richard memberitahu Charles tidak termasuk dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005, menambah beliau akan membuktikannya tidak lama lagi.

“Jika dia (Charles) rapat dengan Kevin dan bukan saya, mengapa namanya tidak ada dalam wasiat Kevin yang dibuat pada 2005?

“Saya akan tunjukkan wasiat itu tidak lama lagi kepada media untuk mereka lihat sendiri,” kata Richard.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top