Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HINA ISLAM : 4 Keping Gambar Ditemui Dalam Labtop Alvin - Saksi


Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu diberitahu bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menemui tiga keping gambar dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik blogger kontroversi, Alvin Tan.

Bekas Penolong Pengarah Bahagian Digital Forensik Analisis SKMM Hafizullah Fikrie Rahman berkata ketiga-tiga gambar yang dijumpai pada 11 Julai 2013 adalah gambar sebelum dan selepas disunting berserta kapsyen.

Beliau turut menemui sekeping lagi gambar sama tetapi telah disunting berserta kapsyen baharu iaitu ‘Ampunkanlah kami’, ‘Selamat berbuka puasa dengan rendang ayam’ pada keesokannya.

Hasil analisis mendapati gambar-gambar itu dimuat naik ke akaun Facebook Tan, yang hanya boleh diakses olehnya kerana dia merupakan pemilik akaun itu.

Hafizullah merupakan saksi ke-10 dalam perbicaraan kes Alvin Tan atau Tan Jye Yee dan bekas teman wanitanya Vivian Lee atau Lee May Ling yang didakwa menyiarkan gambar mereka sedang menikmati hidangan dengan kapsyen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ dan mengandungi logo halal di laman Facebook mereka.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi 12 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Mereka turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook sama mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.

Pada prosiding perbicaraan kes itu yang masuk hari ketiga, hanya Lee yang hadir manakala Tan telah melarikan diri ke luar negara.

Hafizullah dalam keterangannya berkata beliau juga menjumpai satu klip video permohonan maaf pasangan itu atas kesilapan yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.


Saksi itu kemudian menayangkan klip video itu pada skrin putih selama tiga minit kepada mahkamah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud bersambung esok.
Share this article

3 Komen:

  1. Kroni be end agama Islam ada share syarikat judi arak tu tak hina Islam ke?

    Yang Melayu/Islam(cashier kat kaunter pasaraya dll. *Cashier tu terpaksa sebab kerja*) dibenarkan (oleh penguasa bertanggungjawab)terlibat jual arak tak hina Islam ke?

    Yang pemimpin sekejap2 terkinja2 atas pentas(khalayak ramai), sekejap2 beryahanana tu tak hina Islam ke?

    Orang lain pun ada dosa..... tapi tak tunjuk depan orang....

    Klau pemimpin sendiri pusing, mcmana nak didik rakyat berbilang kaum/agama.

    Bodoh!

    BalasPadam
  2. AK RASA KO LAGI BODOH..DAHLAH BERAK TAK BASUH..DASAR MATA SEPET..P BASUH BERAK DULU LA..INI KES LAIN CERITA BAB LAIN, LU LANCAU P DUK DIAM2..ADA BABI P MAKN SUP EKOR BABI TU SHIBAI! HAK TUITTT

    BalasPadam
  3. Apa kes nak hina orang Melayu dan Islam. Lepas tu lari pulak....Itu maknanya dia orang ni pandai sergah jer, dia ingat orang takut. Nak beritahu sikit, dia orang ni ingat bangsa kita ni lemah, takut kena sergah...sekarang kena sergah balik, terus menyorok. Orang kita dah maju dan terus progress. Hidup Islam!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top