Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PENGKHIANAT : Nurul Izzah Saman KPN Dan Menteri


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia kerana Khalid dan Ismail Sabri mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.



Saman itu difailkan melalui peguamnya dari firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Melalui pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah selaku plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Khalid dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 22 November menyatakan plaintif adalah dalang di sebalik serangan dan pencerobohan oleh Tentera Sulu di Sabah pada 2013, merupakan fitnah dan berniat jahat.

Khalid berkata perkara itu boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana bertemu Jacel boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara serta dianggap musuh negara yang menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban.

Sementara Ismail pula dilapor menyifatkan tindakan Nurul Izzah itu sebagai “penderhakaan kepada negara”, tidak wajar malah mengguris perasaan rakyat Sabah dan waris anggota keselamatan yang terkorban.

Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau.

Bagaimanapun, Naib presiden PKR itu menyatakan kekesalannya berhubung kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama Jacel tersebar.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata kerajaan akan mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top