Nuffnang

DEMONSTRASI : Petanda Guan Eng Semakin "Tenat" Di Penang


Satu demonstrasi oleh rakyat P.Pinang bagi mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng meletakkan jawatan telah diadakan di Komtar hari ini.


Menurut jurucakap kumpulan berkenaan yang ditemui, mereka menyatakan demonstrasi berkenaan diadakan bagi menunjukkan kepada seluruh negara yang Guan Eng sudah tidak lagi relevan untuk jawatan Ketua Menteri P.Pinang.

Selain mendakwa Guan Eng sebagai seorang yang rakus mengaut kekayaan negeri, wakil kumpulan berkenaan juga menyifatkan Guan Eng sebagai seorang yang rasis dan sangat pilih kasih didalam pembangunan negeri.

Buktinya ialah tangisan Adun Penanti semasa persidangan DUN yang merayu Guan Eng serta DAP menyalurkan bantuan kepada masyarakat melayu di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Walaupun YB Norlela merupakan Adun Pakatan, beliau sendiri mengakui tersisih dari sebarang kemakmuran negeri dibawah pemerintahan Lim Guan Eng serta konco-konconya.

Lim Guan Eng juga didakwa sudah tak layak menjadi Ketua Menteri kerana hanya tahu merosakkan alam sekitar di P.Pinang sehingga membahayakan nyawa rakyat di negeri ini.

Lihat sahaja bagaimana tanah bukit digondolkan di Bukit Relau sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku dikawasan berkenaan setiap kali hujan lebat melanda.

Ini semua membuktikan yang Guan Eng harus dihalau dari negeri ini kerana telah melakukan banyak kerosakan kepada masyarakat serta alam sekitar. Sebelum bala yang lebih besar melanda, rakyat P.Pinang harus melakukan sesuatu bagi menghalang kezaliman Guan Eng kepada rakyat dan alam sekitar. - Big B/Utaranews.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top