Nuffnang

WOW!!! Hamidah Beri Amaran Pada Najib!


Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman memberi amaran kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang dipecat kerana didakwa melanggar disiplin parti, meminta Najib yang juga Perdana Menteri supaya tidak terus membakar negara jika tidak mahu diri sendiri terbakar.
“Jangan bakar negara, kalau kami terbakar, dia (Najib) juga akan ikut terbakar,” katanya dalam sidang media di Hotel Impiana di sini pada Jumaat.

Hamidah berkata, walaupun menerima keputusan parti tetapi dia masih kabur sebab dipecat.

“Sehingga hari ini saya masih belum mendapat apa-apa surat. Hanya tahu melalui berita di televisyen. Saya masih kabur mengapa saya dipecat,” ujarnya.

Beliau yang mengenakan berbaju kurung berwarna merah-warna rasmi bagi wanita UMNO- bertegas tidak akan merayu kepada pucuk pimpinan sebaliknya akan menghantar surat memohon penjelasan sebab sebenar beliau dipecat.

Hamidah berkata, beliau memang menerima surat minta penjelasan berhubung Program Bicara Negara yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mei lalu.

“Saya telah menjawab. Hakikatnya saya bukan penganjur. Saya telah menjawab kepada Setiausaha Agung.

“Sepatutnya saya diberi surat tunjuk sebab dan perlu menghadap Lembaga Disiplin. Segala pertuduhan perlu dibincangkan,” katanya.

Hamidah sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Wanita Umno dan Exco Kerajaan Negeri Perak.


Wow....korang rasa Najib terkesan tak dengan amaran ni? Tapi kan.... jangan bimbang tok Hamidah Osman, perjuangan mesti diteruskan. Saya cadangkan tok masuk parti Parti Amanah Negara..deme takde lagi ketua wanita rasanya. kalau Hamizura Osman nak join lagi mantopp.. 

Sesuai beno berganding dengan abg Mat Sabu serta tidak lain tidak bukan, hero perak, tok Mohammad Nizar Jamaluddin yang diketahui seorang pemimpin agung lagi mulia seantero planet.

kah..kah..kah...
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top