Nuffnang

HANGAT!!!! Kak Jijah Gugur, Azmin Dan ADUN "X" Calon Baru MB Selangor!!!





Pengguna di laman Twitter mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali sebagai calon sandaran untuk menteri besar selepas PAS menolak pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat dari parti.


“Jika DSWA (Datuk Seri Wan Azizah) tidak boleh diterima semua puak PR mengapa tidak YB. Azmin Ali menjadi MB supaya PAS tidak perlu mengubah pendiriannya berkaitan wanita yang menjadi ketua kerajaan,” kata @Mazri73 mengenai keutamaan PAS bahawa jawatan menteri besar mesti dipegang oleh lelaki bagi membolehkan pemimpin negeri ini menjalankan kewajipan agama dengan sempurna.

“Harap YB Azmin boleh memimpin di peringkat lebih tinggi, memberikan kepimpinan & menekankan perdamaian di kalangan pemimpin parti. Masa untuk menunjukkan anda mempunyai ciri-ciri pemimpin,” tambah @megreat.

“Mungkin Azmin la yang kena naik afterall (selepas apa yang berlaku),” tambah @saimayub.

“Azmin is better la (Azmin lebih baik)..others (yang lain) tak layak..lagi..Azmin adalah senior di selangor,” @HannZiq memberikan hujahnya.

“Saya jarang setuju dengan PAS, tetapi kita mesti memecahkan cengkaman PKR di Selangor. Azmin masih pilihan terbaik,” tambah @ainulaizat.

“Ni bukan soal pro Azmin, cuma yang layak dan berkualiti harus diangkat, kesetiaan dia hingga kini ada yang pertikai?” kata @izzuddingadaffi.

“Ia tidak akan jadi pelik sangat jika ia adalah Azmin. Terutama dengan kemasukan Wan Azizah yang hanya menjadi boneka, ” kata @zarakahan.

“Come on Azmin. Ko jangan nak malukan orang Selangor la. Ko nak orang luar jadi MB ke,” tanya @erk888.

Pada Ahad, keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin telah mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR selepas pemilihan parti diadakan.

Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada 22 Ogos dalam kongres parti selama tiga hari di Stadium Melawati, Shah Alam.

Sementara melalui sumber yang lain pula, Selangor bakal menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tersingkir dari tercalon sebagai peneraju negeri selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih ADUN Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, keputusan tersebut bagi memastikan PAS terus menyokong PKR mendesak Tan Sri khalid Ibrahim meletakkan jawatannya.

"Anwar kini dikatakan sedang berura-ura untuk mencari calon alternatif bagi jawatan menteri besar yang baru, bukan lagi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tetapi ADUN Ijok Dr Idris Ahmad," katanya kepada RakyatNews, hari ini.

Jelasnya, pucuk pimpinan PAS juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan misi Anwar adalah untuk mendapatkan persetujuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya difahamkan Dr Idris sudah geli-geleman dengan tawaran baru ini. Dr Idris Ahmad dari PKR Ijok ditawarkan sebagai calon alternatif bagi membolehkan PAS bersetuju dengan pelantikan menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga telah bersetuju untuk menggantikan Wan Azizah dengan Dr Idris. Apabila ini berlaku maknanya PAS telah 'dikencing' dua kali dengan Anwar," ujarnya.

Tegasnya, PAS seharusnya bertindak lebih tegas dengan menegakkan pendiriannya dari terus dipermainkan rakan Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, bagi memastikan Khalid disingkirkan dari pentadbiran Selangor.

"Bagi Anwar, PAS hanyalah parti politik hingusan yang boleh diperbudak-budakkan, dikotak-katikkan demi memastikan Tan Sri Khalid tersingkir (dari pentadbiran Selangor).

"Saya yakin mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos ini akan membuat ketetapan menyokong Dr Idris Ahmad dari ADUN Ijok menggantikan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya lagi.
Share this article

1 Komen:

  1. Azmin lahir di Singapura (bukan anak jati Selangor) jadi tidak layak dicalonkan....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top