Nuffnang

VIDEO : Gempar!!! Kejadian Hujan Ais Di Tambunan, Sabah



Kejadian fenomena hujan ais yang berlaku kelmarin, Ahad, di Tambunan, Sabah telah menggemparkan penduduk di sana.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3.30 petang yang bertempat di Kampung Timbou itu menyebabkan sebilangan penduduk menghentikan kerja seharian demi menyaksikan kejadian yang jarang berlaku itu.
Hujan ais yang berlaku di Tambunan, Sabah, Ahad lepas 

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau berada di dalam rumah ketika kejadian tersebut.

Pada mulanya, beliau mendengar bunyi hujan. Tetapi lama-kelamaan, ia menjadi sangat bising dan bumbung zink rumah kedengaran seperti dilontar dengan banyak batu.

Apabila beliau keluar dari rumah, beliau kemudiannya mendapati terdapat ketulan-ketulan ais yang jatuh daripada langit.
Dia sedar bahawa, punca bunyi bising tersebut adalah hujan ais batu, iaitu fenomena yang jarang sekali berlaku.

“Suhu ketika itu menjadi sangat sejuk. Tapi kejadian itu berlaku tidak lama,” katanya.

Kejadian ini berjaya dirakamkan melalui gambar serta video dan kini dikongsikan secara meluas menerusi laman sosial.

Difahamkan bahawa, fenomena hujan ais di Tambunan dan Keningau juga pernah berlaku lama dahulu sebelum ini.

Yang terakhir pernah dilaporkan berlaku di negeri ini adalah pada tahun 2007 dahulu di daerah Penampang.

Kejadian seumpama ini turut pernah dilaporkan berlaku di Selangor, Kuala lumpur dan Jerantut, Pahang pada tahun 2009 dan 2011 dahulu.

Manakala negeri jiran Singapura turut mengalami fenomena ini pada tahun 2013.

Hujan air batu terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5mm hingga 50mm yang hanya boleh terbentuk dari awan kumulonimbus (awan petir).

Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara subtropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan Khatulistiwa. Namun ia adalah sesuatu yang jarang berlaku. - MCF

Saksian video ini:


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top