Nuffnang

TERKINI!! MB SELANGOR : Surat Perkenan Sultan Dan Kenyataan Presiden PAS



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang.

“Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45),” katanya di dalam laman Facebooknya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata keempat-empat Exco PAS Selangor akan menjalankan tugas seperti biasa.

“Kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa sebelum menunggu keputusan yang akan diumumkan daripada PAS Pusat.

“Kepada semua pemimpin parti, ahli dan para penyokong dinasihatkan supaya bertenang menghadapi konflik politik yang sedang melanda Selangor,” ujarnya.

Sementara itu Sultan Selangor telah mengeluarkan satu surat sebagai memberi maklumbalas kepada permohonan Khalid.

Menerusi surat bertarikh 12 Ogos yang dialamatkan kepada Khalid itu, baginda mengambil maklum mengenai cadangan untuk menamatkan perkhidmatan lima exco iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga lagi yang mewakili DAP.

"Beta tiada halangan jika YAB Tan Sri Menteri Besar menamatkan khidmat mereka," titah baginda seperti yang terkandung dalam surat tersebut.

Pada Selasa, Khalid mengemukakan surat cadangan bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta.

Tiga anggota exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah, sementara exco daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi.

Video dibawah pula kenyataan YB Exco dari PAS berhubung kerjasama bersama UMNO dalam Kerajaan Negeri Selangor



Share this article

2 Komen:

  1. Boikot Israel...rakyaat ada ambil tindkan memboikot barangan Israel dan pegeluaran nya..tapi kerajaan masih tidak berubah..di Media letronik masih lagi mengiklan kan barangan Israel (Colgate,Meggie,Cocacola dan lain lain) mana dikatakan Kerajaan tidak menyokong Israel

    BalasPadam
  2. Kita tak kisah jika PAS kuasa malaysia,rakyat akan aman dibawahnya..tapi jika DAP & PKR,tentang sampai perang kami tak kisah...jahanam tanah malaysia oleh mereka...pengkhianat bangsa,agama dan negara...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top