Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Menteri Besar : Khalid Puas Hati Hasil Mesyuarat - Inikah Bayangan Kerajaan Campuran?


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau amat berpuas hati dengan hasil mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar.

"Saya amat berpuas hati dengan hasil mesyuarat tadi," katanya kepada pemberita yang menunggu di pintu masuk istana itu.


Sebaliknya, beliau yang juga ADUN Pelabuhan Klang akan membentangkan keputusan mesyuarat itu dalam sidang media jam 2 petang ini.

Sebelum itu, ekoran disingkirkan daripada PKR, Khalid hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan kedudukannya itu.

Khalid tiba di Istana Alam Shah pada jam 8.45 pagi sementara Sultan tiba di istana itu 15 minit kemudian.

Sultan dijadual mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor pada jam 10 pagi untuk membincangkan mengenai jawatan menteri besar yang disandang Khalid.

Lebih 50 wartawan dari pelbagai media dalam dan luar negara memenuhi kawasan jalan hadapan istana.



Setengah daripada mereka menuju ke Klang setelah menanti di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam sejak jam 8 pagi lagi.

Ekoran isu yang dibincangkan, maklumat yang diperolehi menyatakan Khalid tidak menghadiri mesyuarat itu walaupun menjadi ahli atas kapasitinya sebagai menteri besar.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada menteri besar, Arfa'eza Aziz memberitahu media bahawa satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ini di pejabatnya.

Beliau berkata Khalid bersantap bersama Sultan dan ahli Dewan Diraja Selangor yang lain sebelum terus bergerak ke pejabatnya bagi mengadakan sidang media.

Dalam perkembangan terbaru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan terus menjalankan tugasnya sehingga akhir penggal walaupun dipecat PKR. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas memberi penjelasan kepada baginda pagi tadi. 

"Saya jelaskan bahawa di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli dewan. "Justeru Tuanku berpuas hati dengan penjelasan dan perkenan untuk terus pegang jawataan menteri besar Selangor. 

"Sehingga ada perkembangan terbaru saya akan terus jalankan tugas," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam.


Selain itu, Exco Kerajaan Negeri sedia ada akan dikekalkan dan beliau akan bertemu dengan semua Exco dalam masa terdekat.

Menurut Majlis Dewan Diraja Selangor, pentadbiran Negeri ditadbir Oleh Menteri Besar dan dibantu oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan bukannya oleh parti politik, Oleh itu, tiada masalah atau kekurangan ketetapan dalam membuat sesuatu Keputusan Kerajaan Negeri.



Beliau juga akan mempertimbangkan tawaran PAS supaya menjadi ahli parti tersebut.

Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari Pas. Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

Berhubung lain-lain Exco yang tidak mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan jawatan. Beliau akan menemu bual setiap Exconya esok bagi mengetahui sokongan mereka.

Perkembangan ini mungkin akan membawa kepada pembentukan kerajaan campuran di Selangor memandangkan PR sudah tentu tidak dapat menerima keputusan ini.

Adakah ini senarai terbaru barisan exco DUN Selangor? Sama-sama kita nantikan.....



Share this article

1 Komen:

  1. Kalaulah parti ini memerintah Malaysia, bayangkan betapa kelam kabutnya...
    Baru dapat satu negeri dah gila kuasa macam ni!!
    TOLAK PR...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top