Nuffnang

PANASSS!!! Kemarahan Penyokong Memuncak, 3 ADUN PKR Bakal Keluar Parti!!!




Kemelut politik di Selangor nampaknya semakin panasssss..... Bukan sahaja melibatkan protes daripada penyokong-penyokong Khalid, tetapi turut melibatkan para pengundi atas pagar PAKATAN.

Kajian online yang dilakukan secara rawak memungkinkan beberapa perkara menyebabkan protes terhadap anwar dan rafizi.

Antara isu yang menjadi perdebatan ialah :

  1. Mengapa perlu orang luar atau anak Selangor sebagai MB (BUKAN IC 10 SELANGOR).
  2. Mengapa Rafizi yang menyibuk?
  3. Mengapa perlu dibuat road show untuk menerangkan sebab musabab penyingkiran Khalid?
  4. Mengapa Khalid dipecat hanya melalui sidang media?
  5. Mengapa tidak menggunakan sistem perundangan yang sebetulnya (mahkamah atau undi tidak percaya dalam DUN)?
  6. Mengapa Wan Azizah pula yang dicalonkan sebagai MB sedangkan pengerusi PKR negeri ialah Azmin Ali?
  7. Membuktikan kronisme tahap tertinggi dalam PR
Dalam perkembangan lain, sumber dalaman PKR memberitahu 3 orang ADUN PKR yang sebelum ini diberitakan telah 'menghilangkan diri' kini hanya menunggu masa untuk mengisytiharkan diri keluar dari PKR. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan pucuk pimpinan PKR yang rakus dan tidak berfikir panjang memecat Khalid Ibrahim, sungguhpun Khalid terlalu banyak berjasa kepada parti tersebut, selain mahukan Khalid kekal sebagai MB Selangor.

Satu pertemuan telah diadakan sebelum ini dan ketiga-tiga ADUN PKR tersebut menjadi pencetus kepada beberapa orang ADUN PKR lain untuk menyuarakan keberanian mereka, meskipun mereka diancam saman RM5 juta sekiranya berbuat begitu.

Adakah benar ketiga tiga Adun PKR itu kesemuanya yang juga merupakan Exco negeri yang dilantik Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan keluar parti dan menjadi ADUN bebas?

Ketiga-tiga Adun tersebut ialah :




Adun Bukit Lanjan - Elizabeth Wong
Adun Sementa - Dr Daroyah Alwi
Adun Batu 3 - Rodziah Ismail

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam Shah, Klang kira-kira jam 9 pagi tadi bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Diraja Selangor untuk bincang mengenai kedudukannya sebagai ketua pentadbiran negeri selepas dipecat keahliannya pada Sabtu oleh pimpinan PKR. 

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah mempengerusikan mesyuarat itu. Ahli mesyuarat itu terdiri daripada Khalid selaku menteri besar, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah. 16 ahli lain yang berada dalam majlis itu adalah kerabat diraja dan pembesar daerah.

Sama-samalah kita saksikan "drama" yang akan dipersembahkan kepada kita......
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top