Nuffnang

Panasss!!! Tindakan TERLAMPAU 2 Pemimpin PAS Dan PKR!!




Cubaan rundingan antara Anwar dengan PAS nampaknya dikeruhkan lagi dengan beberapa tindakan yang diambil oleh pemimpin kedua-dua pihak iaitu Ustaz Wan Faizul dari pihak PAS serta Chegu Bard dari pihak PKR. Yang pasti kedua-dua tindakan yang diambil mereka pastinya tidak dapat diterima oleh kedua-dua parti baik di kalangan pemimpin mahupun penyokong masing-masing.

Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulama-ulama PAS.
“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘Bagai melepaskan anjing tersepit“, demikian luahan kemarahan beliau



“Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya ‘telanjangkan’ Tok Guru kita… memang ANJING!” TTIMES memetik komen tersebut. – Terengganu Times

Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut. 



Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu.
Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi.

“Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya ‘telanjangkan’ Tok Guru kita… memang ANJING!” – Terengganu Times

Sementara itu, pemilihan masa (timing) calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Saharin menghantar notis guaman kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipertikai oleh facebooker Ah Lis At Tontowi.




Menurutnya kes itu telah berlaku semasa Pilihanraya ke-13 (PRU 13) tahun lalu, namun Badrul Hisham yang lebih dikenali Chegubard memilih masa sekarang untuk mengemukakan notis guaman terhadap Presiden PAS itu.

“Aku memang dah lama dengar Chegubard nak saman Haji Hadi pasal benda ni, sejak dari tahun lepas.

“Adakah timing ketika isu MB (Selangor) ni paling sesuai? Hanya Chegubard boleh jawab,” kata Ah Lis At Tontowi.

Facebooker pro Pakatan Rakyat itu menimbulkan persoalan itu ketika mengulas Surat serahan tangan 6 Ogos itu bertajuk “Kenyataan Fitnah Terhadap Badrul Hisham Shaharin.” dari daripada pejabat peguambela & peguamcara Vasudevan Appu mewakili Chegubard kepada Abdul Hadi.

Alasan Chegubard dalam kandungan surat itu hampir sama dengan hujah bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin yang telah menyaman Abdul Hadi pada Disember tahun lalu.

Kedua-dua bekas calon PKR itu merujuk kepada ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013.

Dalam ucapan itu, Presiden PAS dilaporkan telah membuat kenyataan umum bahawa terdapat di kalangan calon PKR terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk menjual pil kuda dan berfahaman komunis sebagai alasan berlakunya pertindihan calon-calon PAS dan PKR di kawasan-kawasan tertentu dalam PRU 13.


Chegubard telah mengesahkan bahawa beliau telah menghantar notis guaman kepada Presiden PAS, lapor Buletin Utama, TV3, 9 Ogos.

“Ia berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan Datuk Seri Abdul Hadi kepada beliau dalam kempen Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

“Ketika dihubungi Buletin Utama, Badrul Hisham mengesahkan notis serahan tangan bertarikh 6 Ogos itu dihantar kepada Datuk Seri Abdul Hadi semalam (8 Ogos).

“Hujahnya beberapa tuntutan dibuat termasuk mahu Datuk Seri Abdul Hadi memohon maaf secara terbuka dan menarik balik beberapa kenyataan beliau sebelum ini.

“Sekiranya Presiden PAS gagal berbuat demikian, pihaknya akan memfailkan saman dalam waktu terdekat".

Habisla....memang haru-biru betul diorang ni....benar-benar menyusahkan rakyat!!!
Share this article

1 Komen:

  1. pembangkang memang cepat nak saman sebab dia tau ada loyer bagus dibelakangnya...pas ngan umno takda loyer macm meka selalu kena saman dan minta maaf..paling bodoh buat tak tau aja fitnah mereka itu ... sebab tu meka semakin menjadi-jadi buat fitnah...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top