Nuffnang

Kemelut Selangor - Suara Sumbang PAS Kerana Diarah?



Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman menegaskan semua pemimpin parti itu mendapat arahan untuk 'mengunci mulut' mengenai pendirian parti terhadap kemelut menteri besar negeri itu.

"Saya tak nak komen. Kita dah dapat surat dan Wassapp daripada parti supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Jelas beliau, sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan diumumkan selepas mesyuarat PAS Pusat pada Ahad ini.

Mesyuarat yang membincangkan pendirian parti terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya diadakan pada Ahad lalu tetapi ditangguhkan.

Bagaimanapun, Dr Abdul Rani menegaskan PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat.

"PAS tidak akan keluar (Pakatan Rakyat), malah saya sendiri tidak setuju kita berpecah," katanya.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan untuk menyokong Khalid supaya kekal menduduki kerusi yang diisinya sejak 2008.

Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru turut membidas tanggapan segelintir pihak yang mendakwa PAS menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor disebabkan faktor jantina.

"Itu salah. Kalau kita tak mahu seorang wanita menjadi pemimpin, mengapa kita letak Dr Mariah dan ramai lagi," katanya.

Abdul Rani berada di Bangunan SUK untuk menyelesaikan urusan berkaitan masalah di kawasan beliau.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki mencadangkan kerajaan konsensus nasional dibentuk di Selangor bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

"Melihat kepada kemelut politik negeri Selangor yang berlarutan lebih setahun sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, saya secara peribadi mencadangkan sebuah kerajaan berkonsepkan Konsensus Nasional dibentuk di Selangor," kata Zuhdi melalui akaun Facebooknya.

Sebelum ini, nama Zuhdi terkenal apabila perbincangan dalam aplikasi Whatsapp kumpulan ahli jawatankuasa PAS Pusat bocor.

Dalam jangkaan senario itu, Zuhdi membayangkan wujud gabungan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.
Kali ini Zuhdi secara terbuka mencadangkan konsensus nasional dengan BN untuk penyelesaian isu di Selangor.

Zuhdi berkata, bagi menjayakan 'Konsensus Nasional' peringkat Selangor, pembangkang BN boleh diberi tanggungjawab bersama dalam pentadbiran negeri khususnya menjadi kuasa semak dan imbang yang diiktiraf, sebagai contoh seorang Adun BN dilantik mengetuai jawatankuasa Selcat.

"Konsensus ini diperkukuh dengan pembentukan Majlis Pemuafakatan Selangor yang melibatkan parti daripada PR, BN dan Adun bebas.

"Dalam konteks ini Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik sebagai pengerusi atau penasihat sebagai pengiktirafan kepada usaha Konsensus Nasional yang diusahakannya sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, konsep pembentukan kerajaan berasaskan Konsensus Nasional pernah diwar-warkan oleh Anwar, malah pernah juga disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan istilah Rekonsilasi Nasional.

Katanya, perkara itu juga menjadi intipati penting kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan untuk mengekalkan Khalid, atas asas kepentingan rakyat perlu didahulukan daripada kepentingan individu dan parti.

"Secara peribadi, saya melihat inilah penyelesaian terbaik kepada kemelut politik Selangor yang memuaskan hati semua pihak," katanya.

Beliau berkata, penyelesaian ini juga dapat mengelak daripada pilihan raya negeri diadakan yang akan mengorbankan sejumlah dana awam, menangani ketidakstabilan politik disebabkan kekaburan siapa mendapat sokongan majoriti, memberi ruang kepada semua pihak berkaitan seperti pihak kerajaan tempatan, kakitangan kerajaan, pimpinan komuniti melaksanakan tugas mereka dan yang lebih utama kepentingan rakyat terpelihara.

Zuhdi berkata, semangat Konsensus Nasional perlu dihidupkan semula demi mengelak kemelut politik Selangor yang berpanjangan sehingga boleh menjejaskan rakyat Selangor dan Malaysia secara keseluruhannya.

Katanya, kemelut politik di Selangor sepatutnya tidak timbul jika pimpinan mengambil sikap mendulukan kepentingan rakyat seperti penyelesaian krisis air, pembasmian salah guna kuasa, penurunan kos hidup rakyat, penyediaan rumah mampu milik, penambahbaikan infrastruktur, memerangi jenayah dan pencegahan demam denggi.

"Malangnya terdapat segelintir pimpinan politik lebih suka berpolemik dan berpolitik demi mengutamakan kepentingan individu dan parti," katanya.

Katanya, kemelut politik ini menyebabkan sebahagian besar rakyat Selangor mulai bosan, malah meluat dengan karenah pimpinan politik.

Zuhdi berkata, sepatutnya kerajaan yang diberi mandat rakyat dan kemudian diperkenankan Sultan Selangor, diberi peluang saksama untuk menjalankan tanggungjawab mereka demi menjaga kepentingan rakyat seluruhnya.
Share this article

2 Komen:

  1. Rani, Khalid Samad, husam, mat sabu, mahfuz bertuankan ketum. Parasit semua ni.

    BalasPadam
  2. Rani ni jantan ke bapok..konpom kat umah takut bini...
    Apa kata kita lantik dia jadi Pengerusi PERTABI ( Persatuan Takut Bini) bagi puak PAS..UMNO ..Najib Pengerusi.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top