Nuffnang

PECAT ATAU LETAK JAWATAN!!! Nasib 2 Jurulatih Di Hujung Tanduk?


Tumpuan kini terarah kepada dua individu penting dalam dunia sukan tanah air iaitu Rashid Sidek (badminton) dan Muhammad Dharma Raj Abdullah (hoki).

Nasib dua ketua jurulatih tersebut ibarat panas dan berada di hujung tanduk selepas berakhir Sukan Komanwel Glasgow baru-baru ini, gara-gara prestasi hambar skuad bimbingan mereka dalam temasya sukan kedua terbesar selepas sukan Olimpik.


Rashid yang dipersalahkan seratus peratus oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dek prestasi buruk perseorangan lelaki, Liew Daren semalam memutuskan untuk meletak jawatan dalam tempoh terdekat. 

Ketua jurulatih perseorangan negara itu mengakui, keadaan tidak sama lagi apabila beliau kembali melapor diri dalam skuad badminton kebangsaan, Rabu ini, namun sebagai seorang yang profesional beliau tetap memberi komitmen 100 peratus.

Bekas jaguh perseorangan negara itu turut menambah, kepulangannya di kem latihan negara pada Rabu dan bukan hari ini seperti yang dilaporkan media sebelum ini bukan tanda ‘protes’ terhadap kemelut yang melanda dirinya dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Sebaliknya, rancangan untuk bercuti panjang memang telah dibuat sejak sebelum Sukan Komanwel XX di Glasgow kerana beliau tidak berkesempatan bercuti sebelum ini.

“Keadaan memang tidak sama lagi apabila saya kembali nanti, tetapi saya tetap akan bertugas sebagai jurulatih seperti biasa dengan penuh komitmen.

“Saya ambil cuti hingga Selasa iaitu cuti raya kerana sebelum inipun, saya tidak berpeluang untuk bercuti pada bulan Aidilfitri.

“Rabu ini barulah saya akan memulakan tugas seperti biasa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tahun lalu, Rashid juga terpaksa menyambut Aidilfitri di Guangzhou kerana terlibat dengan Kejohanan Dunia.

Sementara itu, Rashid mengakui bahawa situasi di sesi latihan pasti sedikit berbeza daripada sebelum ini kerana apa yang berlaku selepas tamat Sukan Komanwel.

“Saya akan melapor diri seperti biasa, tetapi keadaan di sana (sesi latihan) mungkin sedikit berbeza.

Selain itu, Dato Lee Chong Wei berkata sebagai seorang juara, sudah tentu Liew mengalami sedikit tekanan untuk mengekalkan kedudukan dan prestasinya serta keadaan itu telah mengganggu prestasinya kini. 

"Saya berlatih bersama dia...jadi saya nampak dia tertekan dan tidak boleh keluar daripada perasaan itu. Ia benar-benar sukar. Lepas kalah, dia tertekan tapi saya pesan kepada Liew supaya pandang ke depan.

"Saya harap dia dapat bangkit semula selepas beberapa kekalahan dan prestasi buruk yang dipamerkannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan oleh Samsung.

Chong Wei berkata beliau yakin Liew mahukan kejuaraan namun prestasi tidak memberangsangkan dipamerkan pemain itu pada Sukan Komanwel adalah berpunca daripada masalah keyakinan.

Ditanya mengenai kemarahan yang ditunjukkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong terhadap prestasi buruk Liew, Chong Wei berkata Zolkples sentiasa memantau prestasi atlet.

"Datuk Zolkples sentiasa menyaksikan setiap perlawanan yang disertai Liew, jadi dia tahu sejauh mana prestasi Liew. Masalah Liew ialah dia tidak punya kemahuan yang cukup tinggi.

"Bagi saya walaupun kalah, semangat untuk melawan kekalahan itu kena ada. Sekurang-kurangnya dia kena tunjukkan kesungguhan ketika di gelanggang," katanya.

Namun, nasib Dhaarma pula hanya diputuskan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang mengadakan mesyuarat Majlis tergemar hari ini.

Jurulatih skuad hoki negara itumenyifatkan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya ekoran persembahan buruk skuad hoki kebangsaan pada Sukan Komanwel adalah tidak adil memandangkan temasya tersebut hanya dijadikan platfrom bagi memilih pemain ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, September ini.

Beliau berkata, dirinya tidak harus menjadi mangsa kecaman kerana sasaran skuad negara bukanlah pada Sukan Komanwel, tetapi sebaliknya pada pentas Sukan Asia.

"Tidak adil saya dikecam, jika benar Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mahu bersaing untuk tempat keempat atau kelima kita seharusnya menghantar skuad utama bukannya pasukan kedua.

"Jika diikutkan, pencapaian pasukan tahun ini lebih bagus berbanding empat tahun lepas. Di India, skuad hoki yang senior meraih kedudukan kelapan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan skuad kendaliannya menewaskan pasukan tuan rumah, Scotland 2-1 pada aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan Sukan Komanwel di Stadium Hoki Nasional Glasgow, kelmarin.

Mengulas mengenai pemilihan pemain ke Sukan Asia, Muhammad Dharma memberitahu, dia sudah pun mengenal pasti barisan pemain untuk dibawa ke temasya tersebut nanti.

Malah, Dhaarma turut memuji persembahan positif yang dipamerkan skuad negara meskipun berdepan kritikan hebat ekoran prestasi hambar dalam aksi Kumpulan B.

"Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan ketika menentang Scotland, ini kerana menentang pasukan tuan rumah bukan satu tugas yang mudah tambahan lagi tekanan semakin tinggi selepas tewas kepada Trinidad and Tobago 2-4.

"Bagaimanapun anak-anak buah saya menunjukkan moral yang begitu baik dengan memenangi perlawanan ini. Apa yang jelas saya telah mengenal pasti pemain untuk ke Sukan Asia," ujarnya.

TERKINI : Dhaarma direhatkan oleh PHM......diambil alih sementara oleh Arul Selvaraj dan Tan Beng Hai - Tengku Abdullah
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top