Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

WE CHAT : Remaja Dirogol Beramai-Ramai Kerana "Ayat Power"



Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk ‘teman lelakinya’ dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.

“Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.



Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.

“Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.

“Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.

Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

“Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.

“Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol.

Share this article

3 Komen:

  1. apa nak kato budak2 la ni nampak glenya baik tino dan jatan supo belako, hukum kedua2 sebat belako, biarpakat raso, tangan tepok sebelah fok bunyi.

    BalasPadam
  2. harusnya sebelum beli tekhnologi har5us ada penataran dahulu

    BalasPadam
  3. sadis betul baca berita ni..semoga menjadi pengajaran kepada gadis2 di luar sana. jangan percaya sgt kata2 manis lelaki ni...hehehe

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top