Nuffnang

Kes Mejar Zaidi : Salinan Video Ditolak Mahkamah!!



Mahkamah tentera hari ini menolak satu salinan rakaman video yang dikemuka pihak pendakwa sebagai bukti utama dalam kes Mejar Zaidi Ahmad selepas dibantah peguambela.

Peguam Zaidi, Hanipa Maidin ketika berhujah berkata salinan tersebut bukan rakaman asal dan hanya salinan.


Ia sekaligus tidak dapat dipadankan dengan rakaman asal yang telah dimusnahkan oleh saksi pendakwa sendiri.

"Mahkamah memutuskan bahawa mahkamah menerima bantahan pihak pembela dan menolak bukti yang dikemukakan," kata Kolonel Saadon Hasnan yang bertindak sebagai yang dipertua mahkamah yang bersidang mendengar kes tersebut.

Sementara itu, pihak pendakwa cuba mengemukakan lima keratan akhbar yang menunjukkan Mejar Zaidi kononnya mengadakan sidang media.

Ianya juga turut dibantah oleh peguambela dan mahkamah menolak tiga daripadanya dan menerima dua lagi.

Mejar Zaidi Ahmad, seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dituduh memberi keterangan kepada media berhubung isu dakwat kekal dalam pilihan raya umum yang lalu.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972.

Jika sabit kesalahan, Zaidi berdepan hukuman maksimum dua tahun penjara atau mana-mana hukuman lebih ringan termasuk dibuang kerja.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top