Nuffnang

MELAMPAU!!! KORANG YANG PENING, SULTAN SELANGOR PULA DIHINA!!!




Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengutuk pemilik akuan Twitter yang dikenali dengan nama ‘Hassan Karim’ yang didapati menghina Sultan Selangor.

Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya berkata, tindakan pemilik akaun ini tidak bertanggungjawab dan seolah-seolah berniat jahat terhadap institusi diraja Selangor dengan memberi pandangan songsang terhadap baginda tuanku berkaitan isu kedudukan Menteri Besar Selangor ketika ini.


Tohmahan pemilik akaun Twitter terhadap baginda tuanku itu jelas dilihat menerusi tiga ‘tweetnya’ yang berbunyi,;

1. Kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram; Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram.

2. Sultan jenis apa dia ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri.

3. Sultan Selangor perlu belajar dari Sultan Perak yang lalu. Khalid pun begitu. Kena baca penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar v Zambry

Justeru, Perkasa Selangor telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada jam 8.42 malam dan mahu pihak berkuasa menyiasat serta bertindak tegas kepada ‘Hassan Karim’ mengikut lunas undang-undang yang ada.

Katanya, penghinaan seperti itu tidak sewajarnya dibiarkan apatah lagi melibatkan institusi kesultanan yang telah termaktub dalam Perlembagaan seperti mana dengan kedudukan agama Islam serta bangsa Melayu. – bnbbc.my
Share this article

1 Komen:

  1. kasi ajar sama itu penderhaka halau dari bumi selangor

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top