Nuffnang

PECAT : Jawapan HOT Khalid VS Justifikasi PKR!!!




Pening..... Habis caca marba jadinya Selangor akibat congakan politik Anwar dan Keluarga. Kalau sebelum ini mereka hanya memporak-perandakan Parti PKR, namun kali ini lebih parah apabila melibatkan rakyat sebuah negeri termaju di Malaysia. Nampak sangat rakyat dan pengundi di Selangor langsung tiada nilai bagi Anwar dan Parti Anak Beranak ini. Adakah anak-anak jati Selangor RELA DAN PASRAH melihat anda semua menjadi boneka?

Sekiranya sebelum ini pentas ceramah PKR dan Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sasaran, malam ini pentas ceramah penerangan memperlihatkan parti itu mengecam bekas menteri besarnya sendiri.

Ikuti jawapan Khalid Ibrahim serta Justifikasi PKR berhubung pemecatan Khalid dari parti:



Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang saya cabuli.

Saya juga ingin menyatakan walaupun saya memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj daripada pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini. 

Dan di bawah ini pula justifikasi oleh pemimpin-pemimpin PKR dalam ceramah penerangan mereka di Shah Alam malam tadi :


Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap kepada hadiran berkenaan krisis dalaman PKR Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. 


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam ceramahnya berkata, PKR terpaksa menceritakan kebaikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sedangkan hakikatnya parti itu "menelan pahitnya" disebabkan segala tindakan Khalid.

Zuraida berkata, tindakan memecat Khalid dibuat ekoran keangkuhan menteri besar itu dan kedegilan beliau menguruskan negeri tanpa mengambil kira pandangan parti yang diwakilinya.

"Walaupun kita telan pahit berucap inilah menteri besar yang baik, itu ini, tapi hati kita telan pahit.

"Bagaimana angkuhnya, degilnya menteri besar kita dan terpaksa buat tindakan demikian," katanya dalam ceramah di Seksyen 19, Shah Alam.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Khalid dipilih sebagai menteri besar Selangor apabila anggota parti dan ahli berkempen untuk memastikan kemenangannya dalam pilihan raya umum.

"Kalau tak nak ikut parti, buat parti baru, jadi menteri besar sendiri. Parti mana dia wakil, Bebas? Satu sahaja wakil dia, bolehkah jadi menteri besar?" soal Zuraida lagi.

"Masuk pilihan raya, tengok, boleh menang tidak?" kata Zuraida.

Beliau berkata, kedegilan Khalid yang enggan berundur sebagai menteri besar untuk digantikan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga memperlihat sikap Khalid yang sebenar.

"Tapi kalau inilah caranya, kita perlu menyokong (pecat Khalid)," katanya.

Antara pemimpin PKR yang dilihat memberikan penjelasan berhubung pemecatan Khalid hari ini termasuklah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Saifuddin dalam ceramahnya berkata, sikap keras kepala Khalid ditunjukkan apabila beliau seringkali gagal hadir dalam mesyuarat biro politik sehinggakan parti memberi kelonggaran kepada wakil pejabat menteri besar Selangor menyertainya demi memastikan isu di Selangor dapat disampaikan kepada Khalid.

"Khalid sering tidak datang mesyuarat biro politik. Ada kelonggaran kita berikan, anggota exco Selangor kita panggil, pegawai pejabat Khalid juga boleh duduk dalam mesyuarat, supaya isu Selangor dapat disampaikan kepada Khalid.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top