Nuffnang

GEMPARR!!! Benarkah Anggota JPJ Dikepong Dan Ditetak TONTO Di KESAS?



Betul ker? Suspek India, dipercayai anggota TONTO telah melanggar MPV JPJ sebelum ditahan. Kejadian menjadi kecoh apabila lebih daripada 7 buah kenderaan TONTO yang lain tiba di tempat kejadian. 

Kejadian memaksa 10 buah kenderaan bantuan JPJ dan PDRM untuk eskort suspek yang ditahan ke Balai Polis sambil diekori TONTO yang lain. Dimaklumkan seoranng anggota JPJ telah cedera parah di tetak di lokasi kejadian.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Jom kita baca penjelasan serta pencerahan berkaitan isu tersebut. Harap dapat bertenang....

13 Ogos 2014

Kenyataan oleh JPJ Ibu Pejabat.

Isu "Anggota JPJ dikepong dan ditetak di highway KESAS"

Untuk makluman semua, hebahan di media sosial berkenaan dengan "anggota JPJ dikepong dan ditetak" adalah PALSU.





Kejadian yang sebenar berlaku pada semalam (12 Ogos 2014) yang telah dihebahkan berdasarkan gambar seperti yang dilampirkan adalah berkenaan dengan kes kemalangan kenderaan JPJ dengan seorang pemandu yang memandu secara berbahaya. Laporan polis telah dibuat dan kenyataan laporan tersebut adalah seperti berikut:




Kenderaan Terlibat :

1. M/4WD WRG7097 Jenis Toyota Fortuner (JPJ)
2. M/KAR NAD9380 Jenis Proton Saga

Siasatan : 

Dijalankan di tempat kejadian dapati kemalangan berlaku di Susur Masuk ke Jalan Bukit Kemuning dari Shah Alam hala ke Klang.

Fakta kes : 

Kejadian berlaku pada 12.8.2014 jam lebih kurang 1350hrs, dimana anggota Penguatkuasa JPJ melalui Susur ke Jalan Bukit Kemuning hendak balik ke pejabat di Padang Jawa tiba-tiba M/kar NAD9380 Jenis Proton Saga memotong cara bahaya - potong Q dan berlaku geseran di bahagian belakang sebelah kiri M/4WD WRG7097 milik JPJ dan pemandu M/KAR NAD9380 telah memotong dan menghalang M/4WD WRG7097. Berlaku pertengkaran mulut antara pemandu M/kar NAD9380 dan anggota JPJ tersebut.

Kecederaan : Tiada

Kerosakan : 

1. M/4WD WRG7097 - Kesan calar sedikit dibahagian belakang kiri kenderaan.
2. M/KAR NAD9380 - Kesan calar sedikit dibahagian belakang kanan kenderaan. 

Kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: FB JPJ
Share this article

1 Komen:

  1. itu India bukan tonto la.. dia tu jaga bas kilang punya orang. Tonto mesti ada banyak aerial kat kereta dia la. Tonto..kerja dia ikut jpj je.. tak macam india tu..mabuk la.. bagaimana saya tahu kes ni ? Sebab aku kat kat situ la..bersama tonto.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top