Nuffnang

VIDEO : ALLAHU AKHBAR!! SAIFUL BUKHARI SUMPAH LAKNAT DEPAN KA'ABAH!!




Setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan.

Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.

Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri.

Terus terang, selepas saya melafazkan Sumpah Laknat tersebut, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban yang sedang dipikul. Saya benar-benar rasa puas dan peroleh keyakinan dan keberanian. Pada hemat saya, setelah keputusan kes saya diputuskan sebegitu rupa, hanya kepada Allah SWT sahaja tempat yang tepat untuk memohon pertolongan dan berserah, tiada siapa yang dapat bantu saya, sudah hilang segalanya.

Semasa itu, saya pun tidak pasti mengapa saya digerakkan Allah untuk berbuat demikian.






Sebagai Orang Islam, Kita Mempercayai Dan Yakin Bahawa Tiada Lagi Tempat Yang Lebih Suci Dan Mulia Selain Daripada Tanah Suci Makkatul Mukarramah.

Adakah Sumpah Saiful Bukhari Ini Masih Dianggap Mainan Dan Sandiwara?

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!!!

ALLAHU AKHBAR!!!
Share this article

18 Komen:

  1. Yes it is a sandiwara. Just move on n get on with it. Ur dirty politics wont get u nowhere. Get your facts right n stop insulting our intelligence. Stop the rot n good luck

    BalasPadam
  2. jdi npala kalau dia bersumpah depan kaabah da nmanya sumpah sebenarla 2...??? ek ele cik BELIA BANGKIT...jdi nak hapuskanla jgk pmbngkang kt malaysia ni...??? fikirla BELIA BANGKIT ko rsa nak jatuhkan pmbngkang akan mjadikan ngara kita ni demokrasi ka...???? ko ni hanya nak mrosakkan minda rakyat malaysia yg da 55 thun rosak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko punya minda ja yg rosak

      Padam
  3. “Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah. Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak?" - Datuk Seri Anwar Ibrahim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiful bukhari berbohong! super-imposed la video tuh..

      Padam
    2. Saya setuju. nampak sgt2

      Padam
    3. super imposed.. taksangka !!

      Padam
  4. DSAI bertindak bijak......bukan buat tindakan melulu dan bodoh dengan terus ikut buat sumpah laknat semata2 nak orang percaya, beliau tidak tertipu dengan "cabaran" certain people yg xbyk ilmu agama,cuma ada ilmu menipu dan memfitnah.......

    BalasPadam
  5. Tgk bebetol gambar tuhh.... gambar neh sahih la... korang yang menidakkan tanggung la sendiri... kalau masih tidak percaya pon aper kata buat skali lagi bawak dua2 pergi sana buat balik sumpah laknat tuhh... sebab sumpah laknat nehhh kalo dibuat ... masa didunia ini pon akan nampak musibahnya pada yang bersumpah nehh... tapi aku rasa konpirm DSAI neh tak buat punyerrr... sebab dia tahu sumpah laknat neh camner... kat masjid sebelum neh pon tak brani nak buat inikan kat sana... kalau aku pon kalo betul benda nehh tak buat.. ikut skali buat sumpah laknat... habishh cerita

    BalasPadam
  6. Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?

    http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/05/video-saiful-bukhari-sumpah-laknat.html

    BalasPadam
  7. ya allah smapi cmni skali penghinaan..org bukan islam berjoget tgk kita yg islam ni guna sentimen agama dlm keadaan terdesak,,,dasat ko leh berdiri tegak tanpa dilanggar oleh mana2 individu didepan kaabah..hairan yang teramat sbb ada sorang kwn pernah bercerita terlepas gngaman tangan sbb di langgar org yg berpusu2..kalau brani sumpah lakna maka sure brani disebat mungkar nagkir nanti..allah..terdesaknya korang!

    BalasPadam
  8. ini la namanya pempergunakan islam utk politik. bkn pas yg mempergunakan islam sebenarnya tetapi umno. lagi jelas tak perlu disuluh.

    sumpah ni mmg la tak nmpk skrg. tapi bila ke anak cucu kau ke. habis la kau masuk neraka. nk jd macai umno sgt. suka hati kau la. ikut suka hati kau la labi-labi. kubur lain-lain.

    BalasPadam
  9. tak perlu le hebahkan bila dah buat sumpah tu. niat di hati tu... Allah maha mengetahui... lambat laun kita akan tahu juga kebenarannya.... salah tetap salah.. benar tetap benar......

    BalasPadam
  10. orang yg telah bersumpah atas nama Allah ni mmg perspektif masyarakat melayu akan cakap yg semua tu betul, Allah x kan tunjuk balasan tu depan mata, mungkin kat akhirat Allah akan tunjuk pada manusia kesalahan yg saiful bukhari buat,
    seperti yg anda lihat pad video tu, nmpk seperti saiful bersungguh-sungguh melafazkan sumpahnya di hadapan kabbah, tpi tu semua hanya sandiwara sahaja,
    kita boleh lihat pada 1,03 seoraang lelaki berkulit hitam seperti menembusi badan saiful bukhari. sepatutnya kalo dilanggar kita akan meberikan reaksi seperti dilanggar....

    BalasPadam
  11. ajaib..satu ja nak tanya..kenapa dah lepas setahun video ini di rakamkan baru di keluarkan???nak-nak dekat dengan PRU ni plak kan??Apa motifnya??kalau betul dia di liwat kenapa tak tayangkan video ni selepas di rakamkan..paling koman pun sebulan...kenapa perlu ambil masa setahun???nak edit susah gamaknya :)

    BalasPadam
  12. salam semua Bukan nak tuduh sesiapa cuma kita tambah pengetahuan aje...yang benar Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui...dan pasti akan di beri balasan kepada pesalah dengan setimpalnya...kita cukuplah setakat ini ajer...sila lihat link ini..


    http://www.youtube.com/watch?v=rTvdvNNiCVI

    BalasPadam
  13. KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SILA BERI PERHATIAN DAN RENUNGKANLAH FIRMAN ALLAH INI. TERJEMAHAN AYAT QURAN - JANGAN SAMPAI MENYESAL SEKIRANYA MEMPERMAINKAN SUMPAH LAKNAT (MUBAHALAH) ATAU TIDAK MEMPERCAYAINYA DAN MEMPERSENDAKAN ORANG YANG BERANI MELAKUKANNYA.KEPADA SEMUA PENGIKUT PKR / PAS/BN SILA AMBIL IKTIBAR DARI FIRMAN ALLAH DAN BUANGKAN PERASAAN TAKSUB ANDA, JANGAN GADAIKAN ISLAM HANYA UNTUK POLITIK KELAK ANDA YANG AKAN MENERIMA LAKNAT ALLAH SEKIRANYA MERAGUI ATAU MEMBOHONGI AYAT YANG ALLAH TELAH WAHYUKAN. INSYALLAH ANDA AKAN DIRAHMATI ALLAH SEKIRANYA MENERIMA NYA DENGAN HATI YANG IKHLAS JANGAN MENYESAL SEKIRANYA BERLAKU SESUATU KEPADA ANDA KELAK, KERANA TELAH BANYAK PERISTIWA MENIMPA MEREKA YANG TERDAHULU.
    PENDAPAT DAN HURAIAN OLEH PROF MADYA DR MOHD. RADZI
    Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta. Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar. Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta. Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam kes ini apa2 pn boleh berlaku.Kita ada mahkamah tpi mahkamah dah pn putuskn DSAI tak bersalah. Pihak tertuduh mohon dibicarakan di Mahkamah Syariah tapi telah ditolak.Apa guna mubahalah ini. Kepercayaan terhadap kehakiman di Msia telah pudar.

      Jgn lah nk menguatkan fitnah ni,trus dibuat dihadapan Baitullah( belum tntu bnar krna gmbr boleh dibuat dgn teknologi kini). Apa tujuannya? Nk mainkn sentimen org Islam krna Baitullah ni adalh tempt suci org Islam!Muka brsahaja yg menuduh bgitu selamba tnpa rasa gentar dan membaca skrip. Jgn mmperbodohkn umat Islam.Knapa skrng setlah 1 thn bru nk tunjukkn.Lain x bkn krna PRU13!

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top