Nuffnang

KEKECOHAN 5 MEI : KERTAS SIASATAN TELAH DIBUKA, VIP ANTARA DISIASAT!!


POLIS telah mengenal pasti beberapa kumpulan yang dipercayai merancang melakukan kekecohan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan mengambil keterangan daripada beberapa orang kenamaan (VIP) baru-baru ini.

“Amaran telah diberikan kepada kumpulan itu dan polis tidak teragak-teragak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka sekiranya mereka berkeras untuk melakukannya,” katanya.





Beliau berkata selain itu, polis turut menubuhkan pasukan khas untuk memantau dan menangani kumpulan kongsi gelap, pertubuhan, serta kumpulan tertentu yang cuba mewujudkan kekacauan sepanjang pilihan raya umum.

Sehingga semalam, sebanyak 3,079 laporan polis telah diterima berkaitan kesalahan-kesalahan pilihan raya sejak 20 April lepas hingga semalam, katanya.

“Seramai 101 orang telah ditangkap dan daripada jumlah itu, 20 orang dituduh di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata kesalahan yang paling banyak dikesan ialah perbuatan khianat seperti merosakkan bendera dan poster parti lawan iaitu 90 kes dan ceramah tanpa permit (86 kes).


SEBENARNYA ketika ini bukan sedikit SMS yang ‘berjalan’, bukan sedikit emel yang ‘berkeliaran tentang apa yang bakal terjadi selepas pengumuman pemenang dalam PRU-13 nanti.

Bahkan sudah ada yang mula membuat pembelian ‘panik’…membeli barang asas seperti beras untuk disimpan…tetapi untuk apa?

Perbuatan tidak bertanggungjawab kononnya akan berlaku huru-hara adalah satu khabar angin yang tidak berasas.

Namun dari satu sudut, kita kena kaji mengapa ada rakyat Malaysia yang berasa bimbang dan takut.

Kita boleh nasihat, kita boleh pujuk hati rakyat dengan mengatakan TIDAK ADA APA-APA yang mungkin berlaku namun kita tidak boleh tipu diri sendiri.





Dalam pada tidak ‘apa-apa’ itu, kita melihat bagaimana masih ada golongan yang tidak bertanggungjawab, merusuh di jalan raya, menyerang anggota polis dan tidak menghiraukan segala nasihat pasukan keselamatan seperti mana yang berlaku dalam perhimpunan Reformasi, Hindraf dan Bersih tak lama dulu.



Dalam pada kita rasa ‘tidak apa-apa itu’, kita boleh lihat bagaimana ada manusia yang sanggup membaling molotov cocktail di bilik gerakan dekat Perak dan mengebom kawasan ceramah seperti mana yang terjadi di Pulau Pinang baru-baru ini.



Ini hanya sekelumit contoh, belum lagi laporan-laporan keganasan yang dilaporkan di seluruh negara semasa tempoh berkempen ini.

Malah ketika artikel ini sedang ditaip, kita mendapat laporan yang seorang petugas pilihan raya sebuah parti politik cedera parah di muka setelah diserang empat lelaki bersenjatakan parang ketika bertugas menjaga sebuah khemah yang didirikan sempena pilihan raya umum ke-13 di Taman Halia, Lunas, Kedah awal pagi tadi.



Ini semua fakta yang boleh dilihat dan didengar…ia bukan satu omongan atau dakyah semata-mata!


Share this article

1 Komen:

  1. Polis dah bersedia. SB dah standby merata-rata. So sapa yg dah tak sayang masa depan tu, cubalah buat huru-hara. Lokap dah ready.

    Kalau aku sokong pembangkang sekalipun, aku takkan buat benda bodoh. Contoh jelas - demo Bersih. Yg merana orang bawah, pemimpin senang hati gelak besar tengok orang bawah kena main. Bongok.

    Apa-apa hal, AKU UNDI BN.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top