Nuffnang

Kes Letupan: Polis Jumpa Petunjuk Baru



Polis Pulau Pinang yakin dapat menyelesaikan kes letupan di kawasan ceramah BN di Jawi dekat Georgetown Selasa lepas dalam masa terdekat, susulan beberapa petunjuk baharu.

Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen negeri ACP Roslee Chik berkata menerusi petunjuk baharu itu polis akan melakukan beberapa lagi tangkapan.

“Polis percaya dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin dan usaha mengesan beberapa lagi individu yang terlibat dalam kejadian itu sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Georgetown hari ini.

Mengenai tiga individu yang ditahan reman sebelum ini, Roslee berkata mereka dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas perintah reman terhadap mereka tamat hari ini.

Kejadian letupan itu berlaku pukul 10.15 malam ketika Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 3,000 orang.

Letupan itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki terkena serpihan sampah dan siasatan polis mengesahkan bahan letupan yang diguna ialah alat letupan rekaan (IED), dipercayai perbuatan terancang kumpulan profesional.

- Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top