Dua anggota VAT 69 yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sempora-Kunak, Khamis lepas akan dihantar ke Hospital Ipoh sebaik sahaja keadaannya mengizinkan serta mendapat keizinan doktor, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang.
Ini bagi membolehkan mereka menjalani rawatan lanjutan di samping dapat bersama keluarga mereka, katanya kepada Bernama selepas melawat dua anggota VAT 69 itu di Hospital Tawau di sini hari ini.
Tan berkata kedua-dua anggota VAT 69 berkenaan iaitu Koperal Anuar Kadir dan Sarjan Ahmad Mahmood terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Semporna ke Lahad Datu semasa menjalankan tugas.
Katanya dalam kejadian itu, kereta yang dipandu Kpl Anuar bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas dari arah bertentangan dan memasuki laluan kanan jalan.
Menurut Tan, Kpl Anuar yang cedera di kepala dan patah gigi kini beransur pulih manakala Sjn Ahmad yang patah tulang rusuk kiri dan kanannya juga berada dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Penyokong Pas menganas di putrajaya , saksikanlah di ---->>> pilihanrayaPRU13
BalasPadam