Nuffnang

OPS DAULAT : 15 Anggota PDRM Diberikan Pingat

SANDAKAN - Sebanyak 15 anggota polis di sini yang terbabit Operasi Daulat menerima Pingat Kedaulatan Negara hari ini yang disampaikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Pingat itu sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan kedaulatan negara ketika pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Berucap pada majlis itu, Musa berkata kerajaan negeri dan rakyat di Sabah amat berterima kasih serta menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"Tanpa mereka, belum tentu kita sebagai rakyat negara ini menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup pada masa sekarang," katanya.

Musa berkata insiden pencerobohan itu meninggalkan mesej dan ingatan kepada rakyat untuk bersama-sama memelihara kesejahteraaan negara yang berdaulat.

Katanya apa yang penting kerajaan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat terus memperkuatkan barisan dan semangat perpaduan serta menyokong pasukan keselamatan dalam mempertahankan negara.

Musa turut meminta rakyat di Sabah, terutama di kawasan yang terbabit dalam insiden pencerobohan agar tidak risau untuk keluar mengundi Ahad ini kerana ada pasukan keselamatan yang melakukan kawalan ketat.


-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top