KEMALANGAN : Anggota PDRM "Kehilangan" Isteri dan 2 Anak
KUALA TERENGGANU, 1 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat Superitendan Ghazali Daud yang cedera dalam kemalangan ngeri di Km 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Wakaf Tapai Selasa.
Najib yang diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa tiba di wad Bunga Raya Hospital Sultanah Nur Zahirah pukul 4.10 petang.
Najib turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pegawai polis yang terbabit.
Ghazali, 49, yang bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman terlibat dalam kemalangan pukul 3.50 pagi itu yang meragut nyawa isterinya Haniza Abd Rahman, 40, dan dua anaknya Ahmad Firdaus Izzudin, 10 dan Nur Aliah Adibah, 9.
Lima lagi anak mangsa iaitu Ahmad Fahmi Izzudin, 12, Nur Aliah Afifah, 7, Nur Aliah Atikah, 6, Aina Yusro, 3, dan Akilah Husna, tujuh bulan, dilaporkan turut cedera.
- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



bila mata anak mula merah ini mungkin sebabnya

barang kemas rm300 00 hilang warga emas terkejut b...

strict terms for paya mengkuang pig farms to resum...

had baharu pembelian beras putih tempatan bernama ...

remaja lelaki hampir diculik dua individu ketika b...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....