KANGAR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memansuhkan bayaran balik pinjaman perwira negara, Allahyarham ASP Zulkifli Mamat yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah pada Mac lepas.
Pengurus Besar Kanan PTPTN Tuan Din Tuan Mat berkata pinjaman pembiayaan PTPTN dilindungi takaful dan para waris peminjam yang meninggal dunia tidak perlu membuat bayaran balik.
Ketika berucap pada majlis penyampaian khairat kematian PTPTN kepada balu Allahyarham Zulkifli, Nor Aziah Noor, 28, di Taman Ira Jaya dekat sini, beliau berkata selain memansuhkan pinjaman Allahyarham berjumlah RM16,250, waris juga menerima wang khairat kematian RM1,500.
Allahyarham membuat pinjaman PTPTN semasa melanjutkan pengajian Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian di Universiti Utara Malaysia Kedah.
Nor Aziah bersyukur kerana PTPTN memansuhkan pinjaman itu di samping menghulurkan wang khairat kematian.
Sepanjang tahun lepas PTPTN menyerahkan tuntutan khairat kematian berjumlah RM877,000 kepada 754 waris peminjam manakala antara Januari dan 31 Mac lepas sebanyak RM124,500 dikeluarkan kepada 92 waris. - Bernama
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....