Assalamualaikum WBT.
Saya ingin merujuk kepada penyelesaian kes saman Dr Siti Mariah Mahmud berkenaan tulisan di facebook bertajuk, "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" pada 30 April 2013. Memandangkan penyelesaian kes tersebut telah mula dimainkan sejak semalam oleh bloggers dan media pembangkang dengan mengatakan bahawa saya telah melutut minta maaf, mengaku fitnah, berbohong dan sebagainya, yang mana ini merupakan satu pembohongan maka saya terpaksa tampil untuk mempertahankan diri dan memperjelaskan keadaaan sebenar.
Kepada mereka yang tidak mengetahui perkara sebenar, saya di sini ingin menyatakan bahawa:-
1. Penyelesaian adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam di mana apabila ada pihak yang ingin berdamai maka kita wajib memilih untuk berdamai.
2. Kes tersebut telah selesai di luar mahkamah di atas terma-terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
3. Saya mengambil keputusan menyelesaikan kes di luar mahkamah kerana saya mengambil kira kedudukan beliau yang akan bertanding di dalam PRU ke 13 dan saya tidak mahu isu ini berpanjangan menjadi polemik yang lebih lanjut.
4. Saya tidak pernah menyatakan pada bila-bila masa bahawa apa yang ditulis adalah tidak benar mahupun memfitnah sesiapa. Apa yang dinyatakan di dalam penulisan tersebut adalah satu kebenaran tentang peristiwa yang telah berlaku.
5. Saya menyatakan bahawa tulisan tersebut telah menamakan individu-individu tertentu dan tidak merujuk kepada Dr Siti Mariah. Di dalam permohonan maaf tersebut apa yang dinyatakan adalah saya memohon maaf sekiranya beliau rasa tulisan saya itu telah memalukan (embarrassed) beliau.
6. Saya tidak pernah hadir sekali pun di dalam mahkamah kerana sedang bertugas, malah permohonan maaf itu hanya di lakukan oleh peguam.
Penyelesaian ini sudahpun direkodkan di mahkamah dan saya kira adalah merupakan satu tindakan keji, licik lagi hina dari para bloggers pembangkang untuk memutar belitkan kes tersebut demi meraih undi bagi pihak pembangkang pada PRU ke 13.
Jadi kepada mereka yang tidak tahu menahu tentang perkara yang sebenar, hentikanlah perbuatan menabur fitnah dan memesongkan fakta dari orang ramai.
Saya memberi tempoh 24 JAM kepada semua pihak yang telah menyiarkan, mengulas, dan memberi komen yang boleh menjatuhkan reputasi saya di facebook, blog dan media-media yang lain supaya segera memadamkan serta menarik balik tulisan-tulisan dan penyiaran-penyiaran tersebut sebelum saya menyerahkan surat saman kepada semua individu dan pihak yang terlibat.
Saya tekankan sekali lagi, saya hanya tampil untuk mempertahankan diri saya dari terus menjadi mangsa tohmahan dan fitnah media pembangkang.
Allahul Musta'an.
Sekian.
DR RAHMAN KADIR
3 MEI 2013
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....