Nuffnang

AMEK KAU!! PENSYARAH "PEROSAK" NURUL IZZAH DIBURU GENGSTER!!

Panas!!!!!! Ekoran pendedahan mengenai video seks yang melibatkan anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dengan seorang pensyarah baru-baru ini, pencacai pembangkang dilihat panik dan mula hilang arah. Tambah memeningkan apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PKR sendiri, Wan Azizah petang tadi yang seolah mengesahkan pelakon di dalam rakaman tersebut adalah anaknya. 

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di dalam blog rasminya Wan Azizah melahirkan rasa kecewanya terhadap pensyarah tersebut yang disifatkan telah mengkhianti tugas sebagai seorang pendidik. 



Gambar Hiasan



“Sebagai pengajar yang diberi amanah untuk mendidik anak sulung saya, tindakan bekas pensyarah itu adalah dikutuk dan dikeji serta melanggar sepenuhnya tata etika sebagai seorang dengan memanipulasikan anak saya yang masih mentah ketika itu” katanya. Ekoran kenyataan Wan Azizah itu, kami mendapat makluman pihak pakatan telah mengupah sekumpulan ‘gangster’ yang diarahkan untuk mencari pensyarah tersebut. 

Beliau ketika dihubungi mengatakan arahan tersebut telah diberikan kepada kumpulan gangster tersebut agar memulakan operasi mencari dengan kadar yang segera. Ia bertujuan untuk mengelakkan isu tersebut menjadi punca kepada kekalahan pakatan pembangkang di dalam PRU13 ini. 

Dan yang paling penting, pensyarah tersebut dikehendaki membuat kenyataan bahawa wanita di dalam video tersebut bukannya Nurul Izzah. Walaupun para pencacai dilihat agak panik untuk berdepan dengan isu tersebut, namun dipihak Nurul Izzah lain pula ceritanya. Bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu dikatakan sangat tertekan dan marah dengan penyebaran video tersebut. 

Tambah mendukacitakan bila mana Nurul Izzah mendapat tahu, video tersebut merupakan perancangan jahat Azmin untuk menyekat pengaruhnya di dalam PKR. Malah Wan Azizah sendiri melalui kenyataan (sebelum entri tersebut dipadamkan) turut mengeluarkan ancaman untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab memalukan keluarganya. 

“Saya dan keluarga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan sesiapa yang terlibat membuat sebaran klip video tersebut” tegasnya. Lihatlah betapa jijik dan kotornya budaya politik yang disemai oleh pakatan pembangkang. Mereka yang menyuarakan pendirian untuk menolak ‘politik lucah’ namun di masa yang sama menjadi dalang utama, bagi membunuh karier politik rakan yang dilihat menjadi ancaman. 

Sekiranya sebelum ini, Khalid Ibrahim pernah dikatakan bertanggungjawab terhadap penyebaran video seks Azmin di dalam tandas bersama seorang wanita, pendekatan yang sama juga telah digunakan oleh anak didik Anwar itu untuk menghancurkan karier Nurul Izzah. Itu belum lagi diambil kira mengenai penyebaran rakaman isu seks yang melibatkan Setiausaha Agung Pas, Cikgu Mustafa Ali. 

Walaupun pakatan cuba menyalahkan BN/Umno namun rata-rata pimpinan Pas tahu mengenai gerakan jahat pimpinan PKR itu yang sengaja mahu memalukan Stopa semata-mata untuk mengelakkan berlakunya gerakan senyap untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan BN/Umno. 

Kesimpulannya, semua kerja jahat dan tidak bermoral ini adalah merupakan strategi yang dimainkan ekoran konflik dalaman yang melanda mereka. Ini kerana mereka percaya dan yakin akan dapat melepaskan diri dari semua tuduhan tersebut dengan menjadi BN/Umno sebagai kambing hitam.
Share this article

2 Komen:

  1. maaf. hati-hati dengan penulisan anda. segala yang ditulis dan disebarkan akan dipersoalkan kelak.

    BalasPadam
  2. maaf saya menyampuk. Pada tahun 2008, seorang rakan saya yang memberitahu bahawa dia merupakan bekas guru disiplin Nurul. Satu kenyataan dia yang buat saya terperanjat ialah Nurul seorang yang tidak bermoral. Dia bersumpah atas kenyataannya. Saya katakan pada dia..sekiranya betul kata2nya, suatu hari nanti akan keluar video tentang Nurul sama seperti bapanya. Nampaknya kawan saya tidak menipu. Bila fikir balik..buat apa dia nak tipu saya. kami sama2 tiada kepentingan untuk berbuat demikian. yang menulis di atas boleh di anggap bersubahat jika terus mempertahankan penzina. Banyak nak kena jawab di akhirat nanti.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top