Bila kerajaan pimpinan Najib Razak melaksanakan BR1M 1.0 dan 2.0 kepada rakyat miskin, PAS mula menyalak kata BN amalkan rasuah.
Paling gila bila Nik Aziz kata, rakyat yang dapat BR1M itu ibarat ayam dan itik yang diberi makan oleh tuanya. Biarpun yang paling depan beratur ambil BR1M adalah orang PAS sendiri.
Cuba kita tengok video di bawah. Anak muda bermotor di beri wang RM10.00 untuk berarak pusing kampung oleh pemimpin PAS tempatan.
Nik Aziz nak kata apa pula dengan tindakan pemimpin PAS tempatan yang bagi RM10.00 pada anak muda di atas?
Apakah ini dianggap sedekah oleh Nik Aziz? Yang dalam video ini halal ke haram? Nik Aziz perlu bagi penjelasan.
Seorang pemimpin yang baik dan alim, dia tidak boleh double standart. Jangan pula kata yang BN buat haram tapi yang PAS buat halal.
RM10.00 ringgit beb? Inikah nilai anak muda di mata orang PAS? Sepatutnya di Kelantan, PAS perlu fikir bagaimana nak bina potensi anak muda.
PAS Kelantan sepatutnya fikirkan bagaimana nak kurangkan jumlah migrasi anak muda Kelantan ke negeri luar dengan membuka peluang pekerjaan yang banyak.
Ini tidak, tiap kali nak PRU maka PAS akan jadikan anak muda sebagai mangsa dengan memberi upah RM10.oo dan berarak naik motor pusing kampung sambil kibar bendera PAS. Lepas tu mereka jaja "Anak Muda Geng Kita".
Macam sial jer kan orang PAS ni? Anak muda Kelantan sebenarnya dalam keadaan tidak sedar telah menjadi mangsa politik PAS Kelantan.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....