Nuffnang

RAJA PETRA : SERANGAN KEDUA PENGGANAS KIRAM SELEPAS PRU 13




JAKARTA 3 Mei - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, pengganas Kiram merancang untuk kembali ke Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau turut mendakwa, pada masa ini pengganas militan itu sedang melatih 1,000 orang untuk melakukan serangan kali kedua.

"Mereka sudah mengumumkan di dalam akhbar Filipina bahawa mereka sudah menyiapkan kem latihan dan sudah melatih 1,000.

"Selepas PRU-13, 5 Mei ini mereka akan menyerang buat kali kedua. Apakah kita mahu kehilangan 10, 20 atau 100 anggota keselamatan lagi?" soalnya.

Raja Petra berkata demikian kepada pemberita sebelum memberi keterangan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.

Menurut Raja Petra, menyedari bahaya ancaman itu menyebabkan beliau mengambil inisiatif menulis artikel Kisah di sebalik insiden Lahad Datu dan disiarkan dalam laman web Malaysia Today pada 25 Mac lalu.

Dalam artikel itu juga, Raja Petra mendakwa beliau memiliki maklumat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Raja Petra menegaskan, pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu merupakan ancaman keganasan yang boleh menggugat kestabilan dan keselamatan Malaysia.

"Kalau anda fikir tragedi 13 Mei (1969) merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia, dan kalau sesuatu yang buruk berlaku di sana (Sabah), tragedi 13 Mei tidak apa apa-apa sangat sebenarnya berbanding apa yang boleh berlaku di sana (Sabah). Ia amat merbahaya.

"Malaysia boleh porak-peranda seandainya masalah keganasan ini tidak ditangani dengan baik," katanya lagi.

Raja Petra juga tidak menolak kemungkinan insiden itu dirancang oleh pihak-pihak tertentu yang memiliki kepentingan.

"Kalau anda membaca artikel saya, artikel itu sangat jelas isunya mengenai serangan. Apakah serangan Lahad Datu merupakan satu kes terpencil atau ia memang serangan yang dirancang atau ada dalang di sebaliknya.

"Kepercayaan saya apabila menulis artikel itu ialah ancaman ini dirancang. Ia bukan hanya inisiatif militan Kiram tetapi ada perbincangan. Bahkan, ada beberapa orang dalam negara yang bekerjasama dengan mereka," jelas Raja Petra.

Dalam artikel berkenaan juga, Raja Petra menulis bahawa ancaman keganasan di Lahad Datu juga bertujuan memupuk sentimen rakyat di Sabah membenci kerajaan.

"Anda harus faham bahawa masyarakat Sulu adalah penting dalam pilihan raya. Undi mereka sangat besar. Pilihan raya di Malaysia bergantung pada masyarakat Sabah dan Sarawak.

"Jadi disebabkan menyedari undi orang Sabah dan Sarawak penting maka mereka dipupuk dengan semangat benci kerajaan.

"Saya berpendapat, ini merupakan satu 'permainan yang bahaya' kerana ia melibatkan isu kaum," kata beliau lagi.

Justeru, dakwa beliau lagi, ancaman keganasan di Lahad Datu diadakan bagi membangkitkan sentimen rakyat Sabah menjelang PRU-13.

"Yang pasti perjumpaan (antara Anwar dan Misuari) memang berlaku. Perjumpaan itu secara khusus membincangkan mengenai usaha membawa masuk (militan Kiram)," kata Raja Petra.


- UTUSAN
Share this article

3 Komen:

  1. Datanglah seribu bala tentera pun namun kami akan tetap pertahankan tanah bertuah ni..biar kami mati disini, lahad datu menjadi tanah kubur kami..

    BalasPadam
  2. pantang undur sebelum mengalah...

    BalasPadam
  3. jangan biarkan mereka menghancurkan kedaulatan negara kita

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top