Nuffnang

LAHAD DATU : 3 LAGI WARGA FILIPINA DIDAKWA!!





KUALA LUMPUR - Tiga lagi rakyat Filipina dihadap ke Mahkamah Majistret Lahad Datu dan Beluran di Sabah, masing-masing atas dua pertuduhan berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu.

Kedua-dua mahkamah mengadakan sidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah di Lahad Datu dan Beluran.

Mereka didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan menganggotai kumpulan pengganas mengikut Seksyen 130KA kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Dani Ismail dan Saidili Jaharul didakwa di Lahad Datu manakala Pabblo Alie di Beluran.

Dani dan Saidili didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu antara 9 Februari dan 9 April 2013 manakala Pabblo di Kampung Muanad, Beluran pada tarikh sama.

Tiada pengakuan direkod selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca di depan Hakim Mahkamah Sesyen Rajalingham SS Maniam, yang bersidang sebagai Majistret di Lahad Datu, dan Majistret Elsie Primus di Beluran.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar dan Hamdan Hamzah.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pendakwaan bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Tatacara Jenayah dan menetapkan 14 Mei sebagai tarikh sebutan kes.

Setakat ini, 23 rakyat Filipina didakwa berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan pengganas yang bersenjata atas pelbagai pertuduhan termasuk melindungi pengganas serta merekrut anggota kumpulan pengganas.

Seorang anggota polis tempatan pula didakwa tidak memberi maklumat berhubung aktiviti pengganas.

Semua kes terbabit juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top