Nuffnang

BONGKARI!! Gambar TIAN CHUA Berunding Dengan Kiram Dan MNLF Di Manila Diperolehi




Kota Kinabalu, 1 Mei 2013.

Salam seluruh rakyat Malaysia, kami ingin memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu bukanlah setakat menceroboh negeri kita, tetapi jauh dari itu Anwar, Tian Chua dan rakan-rakannya memang mempunyai Planning Gila.

Semasa saya di Davao City dan di Manila, selama lebih sebulan saya mencari bukti apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu.

Saya terpaksa memujuk, menunggu lama, membayar dengan wang saya sendiri untuk mencari maklumat ini, bukan saya tak mengharap polis Malaysia. Saya pun bekas polis, kelebihan saya boleh bercakap tagalong memudahkan kerja saya.

Semasa saya kecil, saya terbayang ibubapa saya berasal dari Filipina, selepas berjaya memohon kerakyatan Malaysia, hidup kami berubah dan saya berkata dalam hati saya, saya akan tolong Negara Malaysia ini jika dia susah kerana saya kenang budi Negara ini.

Akhirnya saya berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Tian Chua, R. Sivarasa semasa berada di Manila, di Makati City dan di Ninoy Airport.

Saya berjaya mendapat 6 keping Gambar Tian Chua sedang berbincang dengan wakil MNLF dan wakil-wakil Kiram. Saya akan serahkan sendiri kepada pihak berkuasa Malaysia esok. Untuk mata rakyat Malaysia, saya tunjukkan satu keping gambar Tian Chua sedang berbaris di airport di Manila.

Saya mendesak kerajaan Malaysia menahan Tian Chua segera, kerana menurut orang yang saya jumpa di Manila, Tian Chua turut berjanji kepada MNLF dan Kiram untuk memberikan Wilayah Autonomi di Lahad Datu kepada Kiram. Manakalah wilayah Kunak dan Semporna kepada Nur Miswari (Nur Misuari).

Malah Tian Chua turut bersetuju untuk membayar setiap bulan Elaun DiRaja kepada Jamalul Kiram dan Nur Miswari jika Berjaya planning gila mereka itu.

Menurut dua tiga orang yang saya jumpa di Mindanao pula, sebenarnya mereka hanya hendak menakut-nakutkan kerajaan Malaysia supaya orang di Sabah tidak keluar mengundi, itulah arahan Anwar dan Tian Chua. Bila di Sabah tidak mengundi, Tian Chua kata mereka yakin akan menang di Semenanjung dan akan buat kerajaan.

Bila dah buat kerajaan kata Tian Chua, barulah mereka akan urus Sabah. Malangnya mereka tak sangka sampai berlaku pertempuran besar.

Banyak lagi lah kalau saya cerita pengalaman saya di Mindanao dan Manila selama sebulan ini, panjang sangat saya mahu tulis. Kepada rakyat Malaysia, kamu semua tolaklah Anwar, Tian Chua dan Pakatan Rakyat.

Walaupun saya generasi kedua di Malaysia, saya tahu bersyukur. Inilah balasan saya kepada rakyat Malaysia dan Negara Malaysia. Saya harap saya dapat membantu kamu walaupun sedikit. Gambar perbincangan Tian Chua bersama 2 orang kawannya dengan wakil-wakil Kiram dan MNLF saya serahkan kepada pihak Polis besok.

Share this article

23 Komen:

  1. mmm...yala tu...

    BalasPadam
  2. Tak pa adik.....ada dah yg menyindir.Birakan mereka kata apa saja,teruskan prjuangan mu!!!!

    BalasPadam
  3. yelar tue ... brapa umno bn bagi ko duit untuk tulis ni smua... ko pun brasal dari filipina.. mesti projek ic kan.. bekas polis pula tu.. ni mesti dalang umno juga ni,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat fitnah dari ko ni..budak ni xkisah..sok lusa tanggung sndiri kalau xbetol fitnah ko ni

      Padam
    2. korang ni suka hidup dalam suasana porak peranda ke

      Padam
    3. ini soal negara lar..bukan soal parti !!!..fikiaq lar.

      Padam
  4. setakat cakap kosong dgn hanya sekeping gambar diatas apa yg dapat dibuktikan?sape2 pun leh wat citer mcm kau buat malahan lebih hebat dari tu pun blh..bingai punya blogger kahkahkah

    BalasPadam
  5. Wah parents u dapat ic sudah ka? Ngamla tu balas budi...

    BalasPadam
  6. Mana gmbrnye? Gile pekat ko kencing.. Ape igt senang ke MNLF nk berunding dgn org bukan muslim??

    BalasPadam
  7. kalau ada kepentingan, Muslim tak muslim, perbincangan tetap berlaku. Kamu ni bagi komen macam takda sekolah,keluarga, bangsa dan agama. Komen ikut emosi tak baik untuk negara. Sekurang-kurangnya, orang ni tau bersyukur. Orang memberi dia merasa dan tau erti penghargaa.Tapi, kamu...apa sumbangan kamu pulak?

    BalasPadam
  8. orang nak bukti, klu betul buktukan, kalau setakat ckp budak2 pun b oleh. saya pun org sabah saya pun nak tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kpda abg2 yg nk sgt bukti tu..nk tembak kpla korg,br korg nk prcya ke pluru btul ke tiadk??korg blh buat apa sja..! klu da ada bukti??lbh2 pun korg ckp "yeee keeee"..kta sngara bro..ada baiknya kita brdoa sja utk smua ini utk keamanan ngra kta..pndadhan sbgini ibarat kta melihat langit hitam yg memberi tnda2 bencana alam..fikir2 kn laa..brdbat dpt apa??brdoa dpt apa?

      Padam
    2. tnda2 hitam apa hg ni..yg dok p fitnah kat kelantan 7 dosa besaq..Allah s.w.t trunkn ribut hampa xsedaq lg ka..nk ckap pndang kiri kanan dlu..jngn omong sebarangan org indon ckap..pham 2..pndang kiri kanan dlu nk berkata2..

      Padam
  9. Ini soal negara...kedaulatn negara....apa lak kencing byr semua ni...tunggubesok...trruskn bro..

    BalasPadam
  10. Bang, gambar mana bang? Tu tengah berbaris tu pun kira berunding ke???

    BalasPadam
  11. tu gambar tian chua nak merendek mak ko la tu hahahaha

    BalasPadam
  12. kalau tunjuk nnt korang puak atas ni..sure tak percayakan..apa2 gambar pun sure korang kata editlaa..ada video pun korang kata bukan pelakon sebenarla...ni soal keselamatan negara laa bro apa2 bukti kn bg kt polis yg korang panggil hanjing....korang mane nk pikir tu semua..yg korang tau..tombolok korang dh kena sumbat dgn nasi kangkang al juburi

    BalasPadam
  13. terasa mcm org bodoh pulak, aku baca blog dia nie...., hehehehe....., ubi...

    BalasPadam
  14. Kalau benar ada bukti laporkan kepada pihak polis. Lepas pilihanraya ni tangkap. Sya yakin PDRM bijak dan boleh memastikan perjalanan PRU ke -13 berjalan lancar.
    Insya Allah Malaysia akan selamat dari tangan-tangan orang yang gilakan kuasa. Anak-anak muda kena bijak berfikir. Golongan intelektual kena bagi penerangan kpd anak muda. Bukan hanya memerhati dan biarkan mereka memilih jalan yang salah.
    Setiap rakyat Malaysia bertanggung jawab apa yg berlaku sekarang. Dan di hadapan Allah nanti kita akan menjawab kenapa biarkan anak muda terpengaruh dgn anasir2 yg gilakan kuasa sehingga menggadaikan Agama.

    BalasPadam
  15. bila kita berusaha pertahankan negara kita.... ada jer org perlekehkan..org2 nie seangkatan ngan tian chua...anwar...misuari..kiram...teruskan usaha anda jika benar...jutaan rakyat malaysia menyokong anda..pada yang mengutuk....jgn lepas nie..jilat ludah sendiri...dimana malu mu.......

    BalasPadam
  16. no picture no talk

    BalasPadam
  17. Aku x faham lah peyokong tegar kedua-dua parti , islam x ajar orang terus percaya apa blogger tulis. Cuba cungkil maklumat dulu baru boleh fikir waras...ini tuduh bukan2 kedua-dua pihak... x de faedahnya.. skrg cuba fikir utk malaysia mana keturunan kita nk hidup masa akan datang. Semua orng tenang dan fikir semua pekara anaylze semua event baru tau semua .... jgn kata BN menipu , PR pun sama jua.... bangkit melayu jgn negara tergadai...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top