Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TAK SUDAH-SUDAH : Mahathir Sindir Sultan Johor Pula!!!


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyindir titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang kurang senang dengan segelintir masyarakat Melayu yang meminggirkan budaya kerana ingin ‘menjadi seperti orang arab’.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar ketika berjumpa dengan Tun Mahathir sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Negara semalam.

“Sempat dia (Mahathir) berlawak dengan saya selepas solat tadi ‘Sultan awak marah nanti pakai jubah macam ini’,” katanya memetik status ringkas yang dimuatnaik di Facebook semalam.

Feriz yang juga merupakan anak kelahiran Johor itu turut memuatnaik gambar Tun Mahathir sedang mengerjakan solat distatus tersebut.

Terdahulu Sultan Johor bertitah bahawa baginda masih berpegang kepada adat dan tradisi orang Melayu kerana dilahirkan sebagai orang Melayu.

“Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda.

“Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi,” titah baginda dipetik sebagai berkata.

Sementara itu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut dikatakan membidas titah tersebut dengan menyatakan Islam tidak pernah menyuruh orang Melayu menjadi Arab mahupun (mengikut budaya) Barat.

Menurut Dr Asri, tidak salah sekiranya sesetengah pihak menyatakan pandangan tentang ketidak setujuan terhadap orang Melayu yang mengikut budaya Arab, namun peliknya tidak pula mengkritik budaya Barat yang menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat.

“Isunya bukan Arab ataupun Barat, tapi menilai antara yang positif dan negatif. – SuaraTV
Share this article

3 Komen:

  1. Yang jahat ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar. Perangai yg memalukan diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa Tun pun tak kenai siapa 'mangkuk' feriz pro-waris ni...

      Padam
  2. Tambah nasi pulak si admin ni

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top