Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TERKINI : Kabinet Lantik Pak Lah Penasihat Petronas Yang Baru!!!


Tahniah Pak Lah. Budi Yang Baik Dikenang Jua....Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baru, berkuat kuasa 1 April ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac lalu.

"Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 11 Mac lalu kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

- Bernama
Share this article

6 Komen:

  1. Kena sedia tikar bantal sekali Kat ofis dia nanti

    BalasPadam
  2. Dulu waktu jadi PM baca buku ekonomi dah khatam belum lebai nie? Mr Clean tolong sapu dedak2 yg bertaburan������

    BalasPadam
  3. Ok bila lagi nk jadi Chairman Petronas? Ashek2 nyalak je

    BalasPadam
  4. Engko pula bila lagi nk jadi Chairman Petronas? Ashek2 nyalak je..Kung Kung Kung. ..Kung Kung kung

    BalasPadam
  5. Kung! kung! Kung! Kang!. Dedak pun jika diadun dengan sempurna melalui teknologi pemakanan hasilnya tentu hebat dari makanan serat dalam pasaran. Cuma puak tak cukup akai kung! kung! sahaja yang kuat melalak tapi dalam tengkorak kosong.

    BalasPadam
  6. Blok L dan M serah sama Brunei... boleh harapkh??

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top